Wednesday, February 22, 2012

Saiful Apek hadapi Hukuman Penjara

Saiful Apek.

Pelakon komedi terkenal, Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohamad Saifulazam Mohamed Yusuf mungkin berhadapan hukuman penjara jika didapati bersalah atas penyalahgunaan dadah selepas ujian air kencingnya didapati positif dadah jenis ganja.

Pada 10 Jun 2010, Apek ditahan di sebuah rumah di Jalan PJS7 Subang Jaya pada kira-kira pukul 10 malam, polis turut merampas 40 gram daun kering dipercayai dadah jenis ganja dan hasil ujian saringan air kencing terhadap pelakon yang pernah mengarah dan menerbitkan filem serta rakannya kemudian mendapati semua mereka positif dadah.


Gambar Saiful Apek dan rakan-rakan semasa ditahan pada 2010.

Saiful Apek pada 2010.

Ketika perbicaraan, Sarjan M. Sanggar, 48, memberitahu telah membuat ujian air kencing terhadap empat tertuduh, Saiful Apek, 42, Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, dan Noremy Mohamad, 28. Hasil ujian air kencing menunjukkan keempat-empat tertuduh didapati positif dadah.

Pada 1 November tahun lalu, pelakon 'Bujang Telajak' ini dan rakan-rakannya mengaku tidak bersalah atas tuduhan menggunakan ganja.

Kesemua tertuduh yang diwakili peguam Zambri Idurs dan Mohd Fadli Hashim telah ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Merbahaya 1952 dan boleh dipenjara selama dua tahun atau denda maksimum RM5,000 jika didapati bersalah.

Perbicaraan dijadualkan bersambung semula pada 27 Mac akan datang.



Gambar dibawah adalah gambar Saiful Apek pada tahun 2006 (kalau tak salah) dikatakan sedang melayan...



Gambar Saiful Apek sedang bermain alat muzik mungkin? :P

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More