Saturday, February 18, 2012

Shila Amzah Tidak Terfikir Jadi Pelakon

Shila Amzah teruja untuk mengetahui maklum balas peminat mengenai lakonan pertamanya dalam Patah Seribu. Foto THE STAR Oleh BRIAN MOH.

Penyanyi Shila Amzah yang bakal muncul dengan telefilem pertama berjudul Patah Seribu mendedahkan tidak pernah terfikir untuk terjun dalam bidang lakonan sebelum ini.

Shila berkata, pelawaan pengarah filem dan drama berbakat, Michael Ang untuk sama-sama mengajaknya terlibat dalam projek tersebut benar-benar adalah di luar jangkaannya.

"Ini adalah kali pertama saya berlakon, sudah tentu pelbagai perasaan timbul dalam diri kerana tidak pernah melakukannya. Bagaimanapun dengan tunjuk ajar Michael saya rasa telah melakukan dengan baik untuk Patah Seribu," ujarnya.

Shila ditemui pada majlis sidang media telefilem itu di sini pada Selasa lalu.

Tambahnya, dia turut bersetuju untuk berlakon dalam telefilem berkenaan adalah kerana telah mengenali Michael sebelum ini dan selesa bekerja di bawah pengarah itu.

"Sebelum ini Michael telah mengarahkan muzik video Patah Seribu dan saya berasa selesa bekerja dengan orang yang dikenali," ujarnya.

Dalam pada itu, Shila meluahkan rasa teruja apabila lagu Patah Seribu yang ditulisnya diangkat menjadi sebuah drama dan turut dilakonkan olehnya sediri.

Shila memberitahu ia adalah salah satu daripada detik penting dalam kerjayanya dan telah membangkitkan semangat untuk terus berkarya pada masa hadapan.

Shila tidak kekok berlakon disamping kekasihnya Sharnaaz.

"Berapa ramai penulis lirik dan komposer yang lagu dihasilkan mereka dijadikan filem atau drama? Ini adalah detik manis dalam hidup saya sebagai seorang pencipta lagu," ujarnya.

Sementara itu, Shila berkata, dia tidak berasa kekok berlakon di samping kekasihnya, pelakon Sharnaaz Ahmad dalam drama tersebut malah berasa selesa.

Katanya, ketika penggambaran dijalankan dia dan Sharnaaz masih belum mempunyai apa-apa hubungan secara rasmi namun tidak menafikan sedang mengenali antara satu sama lain.

"Ketika berlakon dalam Patah Seribu kami masih bergelar kawan dan tidak mempunyai apa-apa hubungan cinta dan dia seorang yang banyak membantu ketika di lokasi," katanya.

Selain Shila dan Sharnaaz, drama itu turut dilakonkan oleh Sharifah Shahora, Amar Baharin, Jihan dan Reza Mohd. Ia akan ditayangkan pada 23 Februari depan, pukul 9 malam menerusi saluran Astro Ria.

Sumber: mStar

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More