Pelakon Liyana Samsudin berharap pengarah filem Pierre Andre tidak menganggap masalah cinta yang dihadapinya dengan seorang kerabat diraja Terengganu bukannya satu pembalasan Tuhan.
Liyana atau mesra dengan disapa Yana berkata, Pierre tidak seharusnya bersikap begitu kerana setiap yang berlaku adalah ujian daripada Allah.
“Kita bukan Tuhan untuk menilai nasib manusia tetapi tidak wajar untuk Pierre menyalahkan dirinya dengan masalah cinta yang melanda dia buat masa ini. Apa yang berlaku itu mungkin ada hikmahnya,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Rabu.
Pieere dalam sebuah portal hiburan mendakwa masalah cinta yang berlaku di antara dia dengan seorang kerabat diraja Terengganu pada ketika ini mungkin satu balasan Tuhan selepas dia memutuskan hubungan cintanya degan Yana suatu ketika dahulu.
Pierre turut mendakwa, kerabat diraja Terengganu yang dikenalinya sejak empat tahun lalu itu mungkin sudah tawar hati terhadapnya apabila enggan menjawab panggilan telefon serta membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) selepas bekerja di Singapura.
Ujar Yana, keretakan hubungannya dengan Pierre suatu ketika dahulu mungkin kerana tiada jodoh tetapi mereka tidak pernah bermusuh sebaliknya dia sentiasa mendoakan pelakon itu berada dalam keadaan baik serta bertemu jodoh dengan wanita yang sesuai.
"Kami sama-sama muda dan mempunyai impian yang ingin dikejar. Kami berpisah tanpa sebarang konflik malah saya masih baik dengan Pierre dan ibunya (pelakon Khatijah Tan)," katanya.
Bagaimanapun kata Yana, pada peringkat awal mereka memutuskan ikatan percintaan, dia sedikit bingung dengan kejadian tersebut kerana berasa kehilangan orang yang benar-benar rapat dalam hidupnya.
"Saya tidak mempunyai sesiapa selain Pierre dan dia adalah lelaki paling rapat dengan saya. Malah saya terlalu bergantung kepadanya tetapi keputusan untuk membawa haluan masing-masing telah mengajar saya erti berdikari," ujarnya.
Yana yang mahu masalah cinta Pierre tersebut tidak mengganggu emosinya berharap bekas kekasihnya itu bertambah kuat menghadapi ujian tersebut dan tidak menyalahkan sesiapa.
Sementara itu, ditanya adakah kemungkinan dia akan bercinta kembali dengan Pierre, Yana memberitahu perkara itu tidak mungkin berlaku.
Katanya, dia ingin menumpukan perhatian terhadap kerjayanya yang sedang berkembang dan tidak mahu memikirkan mengenai soal lelaki buat masa ini.
"Bukan sahaja Pierre, mana-mana lelaki juga tidak akan menjadi pertimbangan dalam diri saya buat masa ini kerana saya ingin menumpukan perhatian terhadap kerjaya," ujarnya.
Sumber mStar
Wednesday, February 1, 2012
Yana Samsudin "keretakan perhubungan Pierre Andre dengan kerabat diraja bukan Pembalasan Tuhan)
11:54 PM
Babyrina
No comments
Labels
Artis Malaysia
(436)
0 comments:
Post a Comment