Wednesday, March 7, 2012

Azhar Tidak Mahu Dikenali Kerana Berwajah "Boyish"

Mohd Azhar Osman.

Juara Bintang Idola 2011, Mohd Azhar Osman atau Azhar memberitahu tidak mahu dikenali hanya kerana berwajah "boyish" sebaliknya ingin dipandang disebabkan bakat yang dimiliki.

Azhar berkata, dia tidak pernah melihat faktor rupa paras sebagai pengukur kejayaannya dalam bidang nyanyian tetapi yakin peminat dan penggemar muzik tempatan sudah bijak untuk membuat penilaian.

"Saya masuk ke dalam dunia hiburan ini menerusi sebuah pertandingan yang tidak menggunakan sebarang undian daripada penonton sebaliknya dinilai oleh juri profesional.

"Dari situ saya yakin tidak dinilai hanya kerana mempunyai wajah comel tetapi bakat,"
Bagaimanapun katanya, dia sudah bersedia dengan sebarang komen dan pandangan masyarakat terhadapnya selepas ini jika ada yang mengatakan dia hanya bersandarkan kepada rupa paras.


Mohd Azhar Osman dan Terryana Fatiah.

Atas dasar itu juga katanya, dia perlu bekerja lebih kuat bagi memastikan bakatnya lebih menonjol berbanding perkara lain tentang dirinya.

Dalam pada itu, bercakap mengenai kerjaya nyanyiannya, Azhar memberitahu dia sedang dalam proses menyiapkan single pertama ciptaan Edry Abdul Halim.

Katanya lagu yang berkonsepkan pop balada itu dijangka akan siap dalam masa terdekat namun menjelaskan ia masih belum mempunyai tajuk.

Sumber:mStar

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More