Wednesday, March 7, 2012

Hairie Othman Tumpu Lakonan Selepas Kegagalan 'Dua Alam'

Hairie Othman

Pelakon Hairie Othman ingin menumpukan perhatian pada bidang lakonan selepas filem sulung arahannya, Dua Alam gagal mendapat sambutan penonton di pawagam.

Hairie, 41, berkata, keputusannya itu bukan kerana serik atau merajuk akibat tetapi rezekinya dalam bidang lakonan lebih menyerlah berbanding pengarahan.

"Dalam 10 tawaran yang saya terima, sembilan daripadanya adalah berlakon. Jadi lebih baik tumpu pada lakonan.

mengenai kegagalan Dua Alam, Hairie berkata dia tidak melihat filem berkenaan sebagai tidak berjaya kerana sebagai pengarah dia telah memberikan terbaik.

Ujarnya, dia juga tidak pernah serik untuk mengarah cuma tumpuannya kini pada lakonan.

"Mengapa saya perlu kesal atau serik hanya kerana filem itu gagal mendapat sambutan di pawagam?

"Saya tahu telah memberikan yang terbaik untuk Dua Alam dan disukai atau tidak oleh penonton adalah di luar bidang kuasa saya," ujarnya.

Dua Alam yang ditayangkan pada tahun 2010 hanya berjaya mengutip RM230 ribu sepanjang tayangan. Kutipan itu jauh tersasar daripada jangkaan asal iaitu sebanyak RM20 juta.

Sumber:mStar

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More