Monday, March 5, 2012

Ella Akan Berkahwin Dengan Jejaka Kacak dan Tinggi Lampai

Ella akan berkahwin tahun ini yeayyy! :)

Berita Gumbira untuk semua peminat Ratu Rock Malaysia, Ella akan berkahwin tak lama lagi, jejaka yang telah menawan hati Ratu Rock Malaysia ini adalah seorang yang berkerjaya, tinggi lampai dan kacak orangnya, mereka pernah bercinta satu ketika dahulu namun putus di tengah jalan, masing-masing kemudiannya membawa haluan sendiri dan takdir menentukan mereka bertemu kembali dan menjalinkan hubungan cinta semula.
Keluarga masing-masing telah pun bertemu dan pada minggu lalu Ella telah menghadiri kursus kahwin, jika telah pun menghadiri kursus perkahwinan, pastinya majlis pernikahan bakal berlangsung dalam tahun ini juga kerana masing-masing cukup serius dengan perhubungan cinta tersebut. Oh.. btw nama Jejaka tinggi lampai tersebut bermula dengan huruf "A" :)
Jejaka A adalah seoarang yang tinggi lampai so.. mungkinkah jejaka ini seorang mat salleh? Mat bangla? mat kool? :) apa-ape pun, mat salleh ke mat bangla ke, mat ape-ape ke tak kisahlah asalkan hati bahagia kann? :P so Tahniah buat Ella keran bakal mengakhiri zaman bujangnya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More