Monday, March 5, 2012

Pekin Ibrahim Difitnah Guna Taktik Kotor Untuk Mendapat Watak Filem

Pekin Ibrahim Difitnah.

Pelakon muda Pekin Ibrahim didakwa telah menggunakan taktik kotor untuk mendapatkan watak di dalam Filem Bunohan yang menyebabkan seorang pelakon lama yang sepatutnya memegang watak Bakar di dalam Filem tersebut disingkirkan.
Pelakon muda kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini menafikan fitnah tersebut.

“Saya dipanggil untuk memegang watak Bakar di dalam filem ‘Bunohan’ arahan Dain Said. Dan saya tidak tahu pada awalnya bahawa ada pelakon lain yang disenaraikan untuk memegang watak itu dan telah disingkirkan. Kemudian saya dimaklumkan bahawa punca pelakon itu digugurkan adalah kerana kegagalannya untuk menguasai loghat Kelantan. Dan oleh kerana masa agak suntuk, maka saya yang memang berasal dari Kelantan telah disenaraikan dan diterima untuk memegang watak itu selepas diuji kesesuaian watak oleh Dain Said sendiri. Jadi saya rasa tidak harus timbul soal merampas atau menutup periuk nasi orang lain”.

Pekin Ibrahim melakonkan watak "Bakar" dalam Bunohan.

Pekin Ibrahim yang juga merupakan vokalis kumpulan ‘SEVENWORD’, kini sedang menanti dengan penuh debar sambutan penonton terhadap filem ‘BUNOHAN’ lakonannya yang bakal di tayangkan di pawagam seluruh tanahair bermula 8 Mac 2012 nanti.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More