Sunday, March 18, 2012

Kumpulan Hujan, Sofazr, Sixth Sense, Go Gerila dan Black Parallax Berentap Dalam Versus

Aizat Amdan Menubuhkan Kumpulan Go Gerila ( Rina tak Sabar tengok Kumpulan Fresh )

'Versus' Bukan Tiru 'Mania'
Program realiti terbaru TV9, Versus tidak meniru atau mempunyai persamaan dengan program realiti Astro berjudul Mania, kata Pengurus Besar TV9, Sherina Nordin.

Versus yang mementaskan lima kumpulan muzik iaitu Hujan, Sofazr, Sixth Sense, Black Parallax dan Go Gerila akan disiarkan bermula 13 April depan selama lapan minggu, pada setiap Jumaat pukul 9.30 malam di TV9 dan stesen radio Hot FM.

Sherina berkata, pada dasarnya mungkin kedua-dua program berkenaan dilihat mempunyai asas yang sama iaitu pertandingan nyanyian di antara penyanyi-penyanyi profesional tetapi Versus mempertaruhkan konsep dan pengisian berbeza.

"Versus adalah tersendiri kerana ia mempertandingkan kumpulan-kumpulan muzik.

Kumpulan Hujan Rina minat jugak :)

Penekanan program ini pada aspek komposisi lagu, persembahan dan kreativiti mereka dalam menyampaikan lagu sedia ada dengan nafas baru.

"Apa yang mahu ditonjolkan adalah susunan muzik dan aspek vokal menjadi perkara kedua. Malah, program ini juga tiada penyingkiran mingguan," katanya.

Sherina ditemui selepas pelancaran program itu di Publika, Solaris Dutamas, di sini, malam Khamis.

Seiring dengan visi TV9 yang mahu menawarkan lebih banyak kandungan kepada penonton muda, Sherina berkata program itu adalah sebuah lagi platform yang memberi peluang kepada kumpulan-kumpulan muzik tanah air menyerlahkan kreativiti masing-masing.

"Kami rasa seronok apabila dua kumpulan baru ditubuhkan khas untuk program ini iaitu gabungan penyanyi Black dan Meet Uncle Hussein menerusi Black Parallax serta Aizat Amdan dan kumpulannya mengundang Amir Jahari menubuhkan Go Gerila.

"Ia juga adalah projek dan kolaborasi terbesar kami dengan Hot FM bagi 2012," katanya.

Jennifer Thompson, salah seorang juri tetap dalam program itu nanti.

Ketika ditanya mengenai keyakinan stesen itu terhadap Versus dalam persaingan dengan Mania yang kebetulan bersiaran dalam tempoh yang berdekatan, Sherina berkata pihakya optimis pada kekuatan pengisian dan populariti peserta yang bertanding.

"Kelima-lima kumpulan ini kuat dan besar dalam dunia muzik tanah air. Saya tidak mahu membuat perbandingan atau anggap ia persaingan.

"Namun, saya yakin Versus mampu menjadi program signatur yang berjaya di TV9 kerana ia dihasilkan daripada formula dan format yang tersendiri," katanya.

Sistem penilaian Versus adalah berdasarkan undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan permarkahan juri profesional.

Ia membariskan penggiat muzik Jennifer Thompson selaku ketua juri, komposer Loque sebagai juri tetap dan seorang jurijemputan mingguan.

Pada setiap minggu, setiap kumpulan perlu menggubah lagu lama yang diberikan mengikut tema tertentu.

Dalam tempoh seminggu, para peserta perlu membuat persiapan dan mempersembahkan lagu tersebut pada konsert mingguan sebagai medan penilaian.

Tempoh undian akan bermula pada setiap Jumaat pukul 10.30 malam selepas berakhir konsert mingguan sehingga Jumaat minggu berikutnya pada 12 tengah hari.

Versus yang menawarkan hadiah utama bernilai RM200,000 itu akan diacarakan oleh Aidid Marcello dan Hunny Madu.

Layari laman web rasmi www.tv9.com.my/versus untuk info lanjut.


One thing for sure, rina tak sabar nak tengok persembahan kumpulan yang ditubuhkan oleh Aizat, Go Gerila  dianggotai oleh Aizat Amdan, Anas Amdan, Amir Jahari, Ruvi Yamin, Pito Bass dan Ashroff Shariff kenapa tak sabar? Pertama sebab kumpulan ni ada Aizat :) dan kedu sebab kumpulan ni masih lagi baru so hopefully ianya boleh memberikan sesuatu yang Fresh bagi band-band di Malaysia betul tak? follow twitter Go Gerila

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More