Friday, March 2, 2012

LoQue MonoloQue - baby-rina Suka Komen LoQue :)

LoQue - MonoloQue.

Keputusan pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk menarik balik permit yang dikeluarkan untuk menganjurkan Konsert Erykah Badu Live in KL pada 29.2.2012 telah mendapat pelbagai reaksi daripada daripada peminat artis tersebut. Laman sosial twitter telah menjadi tumpuan orang ramai terutamanya selebriti tempatan untuk menyuarakan pendapat mereka ke atas pembatalan konsert tersebut.

Klik untuk lihat komen twitter Artis Malaysia mengenai Pembatalan Konsert Eriykah Badu 29 februari lalu.

Suka Komen Loque MonoloQue mengenai Pembatalan konsert tersebut:

LoQue: “Penduduk bandar menyalahkan kerajaan membatalkan konsert tersebut, manakala mereka dari luar bandar pula menyalahkan kerajaan kerana tidak mengharamkan pada awalnya. Menteri harus lakukan tanggungjawabnya, dah beliau telah membuat keputusan. Perbuatan penyanyi itu memang salah dan menghina agama itu sendiri. Saya akan faham dari kedua-dua belah pihak. Saya tidak mewakili majoriti. Terdapat 2 belah pada setiap duit syiling. Bukan sahaja umat islam di negara ini sensitif. Saya tidak menentang ataupun menyokong tetapi saya sentiasa mengingatkan diri saya sendiri bahawa kita berada dalam kalangan ‘masyarakat Malaysia’ dan agama rasminya adalah Islam,”

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More