Mama Sepah
Pelakon dan pelawak, Mohd Noor Murad atau lebih dikenali sebagai Mamat (Sepah) tidak menyimpan dendam terhadap dua rakannya dalam kumpulan Sepah iaitu Mohd Nadzri Zainal Abidin (Jep), dan Shahmira Muhamad (Shuib).
Mamat berkata, dia tidak mempunyai sebarang sebab mengapa perlu menyimpan dendam terhadap mereka berdua selepas dituduh tidak berdisiplin kerana mereka adalah kawan baiknya.
"Kalau asyik nak ikutkan perasaan marah dan dendam sampai bila pun masalah tidak akan selesai. Saya sikit pun tidak pernah berdendam dengan mereka kerana kami pernah berkawan baik dan mengharungi pelbagai susah dan senang bersama,"
Tambahnya, kerana ikatan itu juga dia tidak pernah membuat serangan balas terhadap kedua-dua mereka setiap kali Jep dan Shuib menceritakan hal negatif tentang dirinya kepada media.
Mamat memberitahu, walaupun masih banyak perkara terbuku di hati tetapi dia mengambil jalan untuk berdiam diri kerana mengenangkan persahabatan mereka dahulu.
"Kadang-kadang bila fikir memang sedih tetapi perkara itu dah berlalu dan saya sudah menerima bahagian saya. Apa juga yang dikatakan saya mengambil pengajaran dan cuba memperbaiki diri,"
Kumpulan Sepah yang dianggotai Jep (kiri), Shuib (tengah) dan Mamat.
Kumpulan Sepah telah dibubarkan pada Ogos tahun lalu kerana Jep dan Shuaib memberitahu tidak dapat bekerjasama dengan Mamat dalam satu kumpulan.
Jep dan Shuib bagaimanapun telah menubuhkan sebuah kumpulan baru iaitu Sepahtu.
Dalam pada itu, Mamat berkata, hubungan mereka kini masih lagi baik tanpa sebarang masalah dan masing-masing sering bertanya khabar jika berkesempatan.
"Itu semua kisah lalu dan kita perlu meneruskan kehidupan tanpa menoleh ke belakang begitu juga hubungan saya dengan mereka.
"Kami masih baik dan semua yang berlaku sebelum ini ada hikmah di sebaliknya," katanya.
Sumber: mStar
0 comments:
Post a Comment