Saturday, March 17, 2012

Shikin Tidak Lagi Tinggal Bersama Suami Sejak Setahun Lalu

Shikin Dangdut

Penyanyi dangdut Shikin mengesahkan sudah tidak lagi tinggal bersama suaminya lebih setahun lalu kerana tiada persefahaman antara mereka.

Shikin berkata, mereka bagaimanapun tidak memutuskan untuk bercerai buat masa ini sebaliknya lebih selesa hubungan tersebut kekal sedemikian.

Shikin atau nama sebenar Aishah Dahlan, 32, memberitahu dia menganggap hubungannya dengan Ahmad Zuki Mohd. Zain, 36, sudah tiada jodoh tetapi menyerahkan kepada takdir sekiranya masalah yang berlaku antara mereka dapat dipulihkan.

Shikin dan Ahmad Zuki berkahwin pada 27 September 2003.


"Keputusan untuk tidak lagi tinggal bersama dibuat secara bersama dan buat masa ini kami selesa begini kerana ia memberi ruang kepada diri masing-masing,"


"Saya dan Zull tidak berniat untuk bercerai buat masa ini tetapi saya tidak dapat menjangkakan jika jodoh saya masih panjang dengannya atau tidak pada masa hadapan. Tetapi kami masing-masing selesa dengan keadaan sekarang iaitu untuk tidak tinggal serumah,"

Ditanya mengenai punca masalah rumah tangga mereka, Shikin enggan mendedahkan kemelut yang berlaku sebaliknya menganggap ia sebagai takdir.

"Hubungan kami masih baik sehingga hari ini dan rasanya ia akan kekal begitu kerana kehidupan sebagai pasangan suami isteri tidak berjaya di antara kami,"

Katanya hubungan mereka lebih kepada sahabat demi anak tunggal mereka iaitu Qistina Balqis yang kini mencecah usia tujuh tahun.

Sumber: mStar

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More