Penyampai radio Suria FM, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil (Raja Lawak) mengambil keputusan berpindah ke lokasi berdekatan pejabat Suria FM di Tropicana City Office Tower, Damansara dekat sini bagi memudahkannya bergerak ke stesen radio itu seawal pukul 5 pagi.
Nabil berkata, walaupun tidak mempunyai masalah bangun pada waktu pagi, keputusan itu dibuat bagi memudahkannya untuk memulakan tugas pada pukul 6 pagi.
"Rumah saya betul-betul bersebelahan dengan pejabat Suria FM dan setiap pagi saya hanya turun berjalan kaki ke pejabat yang mengambil masa tidak sampai lima minit,"
Tindakan nabil pindah rumah sebelah pejabat adalah salah satu usahanya untuk tidak memberi alasan kepada pihak pengurusan sekiranya dia terlambat.
0 comments:
Post a Comment