Thursday, March 15, 2012

Ogy Batalkan Niat Untuk Saman Johan

Fauziah Dato' Ahmad Daud

"Untuk pengetahuan semua, saya tidak jadi saman Johan," ujar Fauziah Dato' Ahmad Daud mengulas mengenai isu saman yang dibuat ke atas pelawak Johan ketika ditemui di majlis pengumuman protege Mentor 6 kelmarin.

Teka-teki mengenai isu saman yang dibuat oleh pelakon serta pengacara versatil, Fauziah Dato’ Ahmad Daud ke atas Johan Raja Lawak akhirnya terjawab apabila dramatis terkenal itu membuat keputusan untuk menarik balik niatnya menyaman Johan.

“Saya dah maafkan dia. Bagi saya setiap manusia melakukan kesilapan, jadi tiada gunanya saya meneruskan niat saya untuk menyaman dia. Lagipun industri kita kecil, mana-mana pergi pun akan jumpa balik,”ujar Ogy ketika ditemui di sidang media pengumuman protege bagi Mentor 6 di Hard Rock CafĂ©, petang semalam.

Ditanya apa yang menyebabkan beliau berubah fikiran sehingga membuat keputusan tersebut, Ogy memberitahu, “Hasrat ini timbul selepas beberapa kali saya melakukan solat Tahajud dan Istiqarah. Lagipun saya juga bukan jenis yang suka buat musuh, saya suka ramai sahabat. Nabi SAW pun tak ajar kita untuk bermusuh, jadi buat apa saya nak saman-menyaman ini.

Fauziah Dato' Ahmad Daud dan Johan Pengacara FFM24

Sebelum ini, Ogy telah meluahkan niatnya untuk menyaman Johan di atas sikap pelawak tersebut yang memperlekeh serta tidak menghormatinya ketika majlis anugerah Festival Filem Malaysia ke-24 yang lalu. Menurut Ogy, dia berasa marah dengan sikap Johan yang tidak mempedulikan serta mengambil ringan dengan nasihatnya ketika itu.

Untuk baca artikel seterusnya klik Gua.com.my

Alhamdulillah..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More