Thursday, March 15, 2012

Putri Mardiana Putus Cinta Sebab Orang Ketiga

Putri Mardiana

Putri Mardiana Zainal Abidin (31) putus cinta dengan Mohd Hasnul Amril (Anol)seorang businessman.

Cerita Putri Mardiana yang lebih manja dipanggil Nina:

“Tak dinafikan, memang Nina sedih sangat! Frust giler. Nina dah lama impikan dia sebagai suami Nina. Ye laa... Nina sangat mencintai dia (Anol) lebih daripada diri sendiri. Walaupun Nina busy dan selalu bertemu dengan ramai lelaki, Nina tetap setia.

“Nina ni bila bercinta memang setia dan takkan pandang orang lain dah! Dalam hati Nina hanya ada dia sorang saja.

“Punca kami putus tu… biarlah ia menjadi rahsia kami berdua. Namun ia sedikit sebanyak memang ada kaitan dengan orang ketiga yang hadir dalam hubungan kami. Entah laa… mungkin juga kesibukan Nina buat dia jatuh cinta pada orang lain.

“Tapi percayalah… walaupun Nina sibuk dengan shooting demi mencari rezeki untuk anak-anak, Nina tak pernah fikirkan lelaki lain selain dia. Percayalah…” Cerita Nina yang masih rindukan kenangan manis bersama bekas pakwenya itu.

Sanggup susah senang bersama ANOL

NINA: “Nina masih ingat kenangan manis kami bersama. Nak tahu, masa mula-mula Nina berlakon dulu (2010) kami pernah sama –sama berniaga pakaian bundle dan perfume di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. Masa tu best sangat! Kami susah senang bersama.

“Nina pun rapat dengan mak ayah dia. Hubungan Nina dengan mereka masih baik walaupun mereka agak terkilan bila Nina dan Anol putus. Nina dah anggap mereka seperti mak ayah sendiri.

“Kalau ada masa tentu Nina akan melawat mereka. Cuma kekerapan kami bersama mungkin tidak seperti dulu. Ye laa… Sekarang Anol dah ada orang lain kan…”


Lupakan ANOL dengan sukan drift

Setiap orang pasti ada cara tersendiri untuk lupakan kisah cinta lama. Haa... Nina mula aktif sukan drift (sejenis sukan bermotor) untuk lupakan cinta Anol tau! Wow!! Tak ramai wanita yang berani untuk cuba drift. Lepas ni bolehlah pengarah drama atau filem panggil Nina untuk babak drift gitu…

“Setiap yang berlaku (putus cinta) pasti ada hikmahnya. Nina anggap kami sudah tiada jodoh. Pengalaman ini mematangkan Nina untuk berhati-hati dalam membuat keputusan dalam hidup. Biarlah dia bahagia dengan hidupnya. Yang penting kehidupan perlu diteruskan.

“Untuk lupakan kenangan lama, Nina sekarang aktif bermain sukan drift bersama kumpulan Tengku Djan. Sifu Wandro pula banyak mengajar Nina dalam sukan drift ni.

“Mula-mula rasa takut jugak! Wah.. lepas cuba ternyata sukan ni seronok dan enjoy sangat! Segala masalah dapat kita lupa. Hilang semua kesedihan tau! Hehe... Selepas ni Nina tak teragak-agak nak terima watak yang memerlukan aksi drift.”

Demikian cerita Putri Mardiana yang akan muncul dalam filem 7 Petala Cinta bersama pelakon Aeril Zafrel, Diana Amir dan Fizo Omar pada 15 Mac ini.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More