Tuesday, March 6, 2012

Siti Nurhaliza Pilih Bruno Mars Untuk Album Kedua

Album English Pertama Siti Nurhaliza All Your Love

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin akui tidak serik untuk untuk merakamkan album Inggeris kedua walaupun sebelum ini menerima beberapa kritikan terhadap album, All Your Love.

Malah, dia sudah pun memasang angan-angan yang tinggi untuk berkolaborasi dengan penyanyi dan komposer Amerika Syarikat, Bruno Mars untuk album Inggeris keduanya kelak.

Siti Nurhaliza berkata Bruno Mars menjadi pilihannya selepas melihat bakat yang ada pada penyanyi antarabangsa tersebut.

"Saya tidak akan serik dan patah semangat untuk merakamkan album Inggeris kerana saya bagi saya album All Your Love hanya permulaan sahaja dan saya ingin terus berusaha memperbaiki kekurangan.

"Jika diberi peluang dan kemampuan saya ingin merakamkan album Inggeris saya seterusnya di Eropah.

"Selain mahu merakamkan album Inggeris untuk kali kedua, saya juga ada berangan-angan untuk berkolaborasi bersama Bruno Mars.

Bruno Mars

"Saya sukakan lagu-lagunya dan dia memang sangat berbakat,"

Penyanyi lagu Cindai ini, pernah berkolaborasi dengan penyanyi antarbangsa seperti Sean Kingston dari Amerika Syarikat dan Christian Alexanda dari Australia.

Siti Nurhaliza yang berpuas hati dengan sambutan album Inggeris pertamanya sejak dilancarkan pada September tahun lalu memberitahu dia kini dalam proses rangka promosi single keduanya bersama Sean Kingston, Remember You.

"Alhamdulilah, sambutan untuk album Inggeris pertama ini agak memberansangkan walaupun baru enam bulan berada di pasaran.

"Mungkin sebab konsep untuk album itu sangat catchy dan rancak, sesuai dengan citarasa pendengar sekarang.

"Bagi mempromosikan single, Remember You, saya sudah pun bekerjasama dengan hampir kesemua radio Inggeris di Malaysia.

"Setakat ini, lagu Remember You, sudah dimainkan di Hitz.Fm dan Fly FM. Insya Allah akan datang di radio Mix.FM, Red.FM , Suria FM, Era FM dan banyak lagi," jelasnya.

Selain rangka promosi ke stesen radio, Siti Nurhaliza bakal meneruskan promosis single terbarunya di dua lokasi sesi bermaah mesra bersama peminat sekitar lembah Klang.

Selain Remember You, album All Your Love juga turut memuatkan lagu-lagu lain seperti I'll Wait Forever, Falling In Love dan banyak lagi.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More