Saturday, April 28, 2012

Gambar Majlis Pernikahan Fasha Sandha dan Jejai

Majlis Pernikahan Fasha Sandha dan Jejai



Dengan dua kali lafaz Toh Muda Rizal Ashram sah bergelar pasangan suami isteri





Pengantin baru Jejai dan Fasha Sandha

Semalam (27 April 2012) telah berlangsung Majlis pernikahan Fasha Sandha dan Toh Muda Rizal Ashram Ramli (Jejai) di crown Plaza Mutiara, Kuala Lumpur.
Dengan dua kali lafaz, Fasha Sandha telah sah bergelar isteri kepada Toh Muda Rizal Ashram Ramli (Jejai), Majlis dihadiri lebih 300 tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga, rakan rapat dan wartawan media.
Pasangan ini telah dinikahkan sendiri oleh bapa Fasha, iaitu Hassan Bin Mohaiddin disaksikan oleh Mohd Shahirman.

Fasha Sandha

Fasha kelihatan berseri-seri dalam persalinan kurung tradisional kontemporari rona putih hasil rekaan Rizman Ruzaini dengan wajahnya dirias jurumekap terkenal, Saidatulnisa.
Di majlis yang bertemakan rona lavender ini, pihak pengantin lelaki telah menyerahkan tujuh dulang hantaran manakala pihak perempuan membalas dengan sembilan dulang.

Bali

Majlis resepsi perkahwinan Fasha Sandha dan Rizal Ashram (Jejai) bakal berlangsung di Bali.

Tahniah, Semoga berkekalan dan bahagia sehingga akhir hayat.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More