Que Haidar, Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar (2) dan Qalif Khan (12)
Tahniah kepada pelakon Que Haidar apabila isterinya, Linda Jasmine selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.8 kilogram pada pukul 1.28 petang, Khamis.
Bayi yang diberi nama Tengku Cleopatra Haidar itu dilahirkan secara pembedahan di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.
"Alhamdulillah semuanya telah selamat dan paling penting Cleo (panggilan manja untuk Cleopatra) dalam keadaan sihat dan sempurna.
"Bagaimanapun saya masih mengalami kesakitan kerana tidak boleh mengambil pil tahan sakit disebabkan alergi,"
Linda memberitahu, dia sengaja melahirkan Cleo pada 26 April kerana dua anaknya yang lain turut dilahirkan pada tanggal 26 hari bulan. Anak pertama mereka, Qalif Khan, 12, dilahirkan pada 26 Januari 2000 sementara Tengku Ratu Haidar, 2, yang lahir pada 26 Oktober 2009.
Linda pada mulanya dijangka melahirkan Cleo pada awal bulan Mei tetapi mengambil pendekatan untuk mempercepatkan proses itu dengan kaedah perubatan.
Dalam pada itu, ditanya mengenai pemilihan nama anaknya itu, Linda berkata ia dipilih bagi melengkapi nama anak perempuan sulungnya, Tengku Ratu Haidar.
Linda memberitahu, walaupun ada beberapa pilihan nama lain tetapi dia dan suaminya sepakat memilih nama tersebut.
"Nama Ratu cukup kuat menggambarkan dirinya dan sebab itu kami memilih Cleopatra yang juga nama seorang ratu di Mesir cukup terkenal dengan kisahnya sebagai seorang pemimpin wanita," katanya.
Bercerita lanjut mengenai bayinya, Linda berkata, Cleopatra mempunyai kulit yang lebih putih berbanding dua anaknya yang lain selain mata yang jernih.
Bagaimanapun, Linda belum bersedia mendedahkan wajah anaknya itu buat masa ini. Pasangan ini telah mengikat pada 14 Februari 2009.
0 comments:
Post a Comment