Ila Damia dan Joe Flizzow
Penyanyi hip hop, Joe Flizzow menegaskan hubungan akrabnya dengan penyanyi bertudung Ila Damia belum sampai ke tahap bercinta sebaliknya menganggap hubungan itu seperti seorang abang dan juga adik. Kedua-dua mereka mula akrab selepas Ila menjadi protegenya dalam program Mentor dua tahun lalu.
Joe Flizzow featuring Ila Damiaa - Untukmu OFFICIAL MUSIC VIDEO
"Kami tak mungkin menjadi pasangan kekasih kerana hubungan itu sudah seperti abang dan adik.
"Walaupun ada yang bercakap-cakap tentang keakraban kami, saya lebih senang tidak bersuara supaya hal ini tidak meleret untuk dijadikan isu. Lagipun kami selesa bekerjasama dalam hal-hal muzik," katanya.
Tambah Joe, walaupun kenyataannya itu dianggap klise oleh segelintir pihak, dia tidak kisah tentang hal tersebut namun berjanji tidak akan menyimpan apa-apa rahsia sekiranya memiliki teman wanita.
Dalam pada itu, ditanya bilakah dia bakal menamatkan zaman bujang seperti rakan seperjuangannya, Malique (Too Phat) Joe mengakui belum bersedia untuk bergelar suami pada masa terdekat ini.
Ila Damia
"Diakui saya masih solo dan belum bersedia untuk berkahwin. Banyak perkara yang saya lakukan sebelum bergelar suami.
"Kalau boleh biarlah saya bersedia untuk menjadi suami yang baik buat isteri di samping ayah yang baik buat anak-anak..
"Bayangkan ibu saya telah menetapkan masa selama dua tahun bagi mencari calon yang sesuai untuk dijadikan sebagai teman hidup," selorohnya.
"Sepanjang saya membesar, belum pernah lagi saya melihat ibu dan ayah meninggikan suara sesama sendiri.
"Dan mereka merupakan ibu bapa yang terbaik untuk saya. Saya juga inginkan begitu," tuturnya
0 comments:
Post a Comment