Pinkan Mambo
Selebriti Wanita Indonesia Pertama Murtad
Pinkan Mambo, Penyanyi yang popular dengan lagu "Kekasih Yang Tak Dianggap" itu sudah dua kali menukar agama, perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh ibunya, Deetje. Deetje yang kecewa dengan tindakan yang dibuat oleh anaknya itu memberitahu bahawa dia belum pernah melihat Pinkan ke greja, namun dia memberitahu bahawa anaknya itu sudah mula belajar agama lain.
Pinkan atau nama sebenarnya Pinkan Ratnasari Mambo dikatakan telah berubah dengan mendadak sejak kebelakangan ini. Menurut Deetje, dia merasa seperti kehilangan anak namun hanya berserah pada yang maha berkuasa.
Rianti Rhiannon Cartwright
Selebriti Wanita Indonesia Kedua Murtad
Rianti Rhiannon Cartwright, Selebriti cantik berdarah kacukan Wales daripada bapanya dan Indonesia daripada emaknya juga dikatakan telah murtad apabila beliau telah mengahwini kekasihnya, Alfoncius Dapot Parulian Nainggolan atau lebih dikenali sebagai Cas di Greja Old St P.atrick, di New York, Amerika Syarikat.
Rianti seorang VJ MTV yang juga dikenali sebagai pelakon yang memegang watak Aisha dalam filem agama, Ayat-Ayat Cinta, dikatakan sudah murtad sebelum berkahwin lagi, berdasarkan risalah yang dikeluarkan sebuah greja di Jakarta Selatan.
Rianti Rhiannon Cartwright
Namun, ketika diminta mengesahkan perkembangan itu, pengurusnya, Adi,
enggan berbuat demikian sebaliknya berkata, dia tidak tahu menahu mengenainya.
“Saya hanya berkomunikasi dengan dia mengenai kerja. Yang lain saya tidak tahu,” katanya.
Happy Salma
Selebriti Wanita Idonesia Terbaru Yang Murtad
Happy Salma atau nama sebenarnya Jero Happy Salma Wanasari. Dia dikatakan telah memeluk agama Hin.du kerana mahu berkahwin dengan teman lelakinya, Tjokorda Bagus yang berketurunan raja.
Happy yang merupakan seorang model dan pelakon filem dikatakan telah menjalani satu upacara pindah agama Hin.du dimana dalam upacara yang dinamakan Sudhi Wadani.
Upacara yang diadakan di Villa Ibah, Ubud Indonesia adalah sebagai pengesahan ucapan atau janji seseorang yang secara tulus ikhlas menyatakan menganut agama Hin.du.
Happy Salma dan Tjokorda Bagus bernikah di Bali
Happy turut memberitahu bahawa dia tidak mahu bercakap secara terbuka mengenai status agamanya.
"Saya tidak akan bercakap mengenainya,"kata Happy.
Isu masyarakat Islam di Indonesia, baik lelaki mahupun wanita yang menukar agama lain untuk berkahwin dengan pasangan masing-masing adalah perkara biasa sejak era Sukarno dan Suharto kerana mendakwa ulama berkata ia dibolehkan.
-keliru,risau,hairan,ngeri.. mengapa di indonesia, murtad ni seperti perkara remeh?-
7:14 AM
Babyrina








Posted in: 


2 comments:
mereka semua masih islam,itu hanya isu,saya orang indonesia
kasihan rishad sebagai orang indonesia sendiri cuba menyedapkan hati dan mahu menafikan gejala sosial murtad di negaranya sendiri. semoga ramai orang indonesia muslim sedar dan mengambil berat akan hal ini, jika tidak akan banyak kai la tsunami berlaku di negara kamu akibat bala Allah murka
Post a Comment