Adi Putra dan isteri Zuhaidah Yusof
Pelakon popular, Ady Putra mengambil keputusan untuk menarik balik permohonan cerai terhadap isterinya, yang difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 11 Mei lalu.
Adi Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 31, dan Zuhaidah Yusof, 37, hadir bersama-sama ke mahkamah dan menyerahkan sendiri notis penarikan balik di kaunter mahkamah mengikut Subseksyen 95(1)) Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998.
Pasangan itu hadir untuk menghantar notis tersebut kerana mereka disyaratkan berbuat demikian sebelum kes disebut di hadapan Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi pada prosiding yang dijadualkan berlangsung semalam.
Adi Putra mencetuskan kontroversi apabila memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya sepuluh hari lalu, selepas dua hari pulang dari mengerjakan umrah.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 14 April 2006 namun tidak dikurniakan cahaya mata sehingga sekarang.
0 comments:
Post a Comment