Aidil Zafuan Batal Permohonan Cerai
Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak menarik balik permohonan bercerai dengan isterinya, aktres popular, Rita Rudaini Mohamad@Mokhtar.
Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad membenarkan permohonan Aidil, 25, namun memerintahkannya selaku plaintif membayar kos kerugian RM250 kepada Rita, 36, kerana menarik balik kes itu di saat akhir iaitu kelmarin, sehari sebelum sebutan kes.
Ketika ditemui di luar mahkamah, Aidil berkata, dia berharap dengan penarikan balik permohonan cerai itu, hubungan dia dan Rita pulih.
“Kalau Rita setuju dengan permohonan kembali taat (yang difailkannya semalam), perkara ini selesai. Saya nak dia dan anak-anak balik ke rumah saya di USJ1 (Subang). Sekarang dia menetap di rumah sewa di Damansara,” katanya yang hadir di mahkamah memakai kemeja dan seluar hitam.
[Video] Perasaan Rita Rudaini bercampur baur, berasa geli hati, keliru, terkesima.
Rina sendiri pun setuju jika ada suami yang sebegini, semasa nak cerai tak ada perbincangan langsung tapi ambil jalan mudah, melarikan diri dari rumah tinggalkan isteri dan anak-anak sehingga berbulan lamanya, sekarang tiba-tiba nak tarik balik hasrat cerai pun last minute.... bukannya rina tak suka aidil nak kembali ke pangkuan Rita Rudaini, tapi cuma harapkan aidil boleh bersikap waras dan lebih matang lagi di masa akan datang fikir masa-masak dan bincang elok-elok dulu sebelum membuat tindakan sebegini kesiankan anak-anak mereka yang comel..
Anak Comel Rita dan Aidil, Ryan dan Arjuna
mudah-mudahan rumahtangga Aidil dan Rita akan berkekalan dan bahagia selepas ini.. good luck..
Sumber: hmetro
0 comments:
Post a Comment