Friday, May 4, 2012

Gambar Majlis Pernikahan Scha Al-Yahya Dan Awal Ashaari















Majlis Pernikahan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya (4 May 2012)


Pelakon dan pengacara TV, Awal Ashaari telah selamat diijab kabulkan dengan pasangannya Scha Al Yahya dengan sekali lafaz di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside, di sini sekitar jam 9.15 malam.

Majlis akad nikah telah disempurnakan oleh bapa Scha Al Yahya sendiri, Syed Mahadzir Syed Kechik Al Yahya yang juga merangkap sebagai pemberi akad nikah dan wali dengan dibantu Pendaftar Perkahwinan dan Rujuk Jawi Putrajaya, Ustaz Mohd Salman Idrus.

Acara sempurna dengan pemberian mas kahwin sebanyak RM2,050 dan hantaran daripada pihak lelaki sebanyak tujuh dulang dan dibalas sembilan dulang daripada pihak perempuan.

Turut diserikan dengan kehadiran keluarga kedua-dua belah mempelai termasuk rakan artis seperti Farah Fauzana, Sazzy Falak, Dynaz Mokhtar, Syazwan Zakariah.

Majlis pernikahan Seia Sekata SchAwal telah disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (saluran 104) dan Astro Awani (saluran 501) secara serentak bermula jam 9 malam.

Tahniah, semoga bahagia dan berkekalan sehingga akhir hayat.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More