Tuesday, May 8, 2012

Saiful Apek Tak Puas Hati Dengan David Teo dan Wartawan

Saiful Apek dan Allahyarham Husni Mohd Rawi

Hampir 2 jam yang yang lalu Saiful Apek telah mengemaskini status facebook miliknya dengan nada sindiran yang ternyata ditujukan kepada David Teo.

HA HA HA! sikalang wa balu aman sbab itu olang talak mule mintak sedekah & aniaya wa lagi! HA HA HA!
Saiful Apek : lu tunggu sana, walaupun lain orang diam2, tp wa solang xkan diam!!!!

Screenshot Facebook Saiful Apek (Klik untuk Perbesarkan gambar)


Saiful Apek tidak puas hati dengan David Teo apabila statement yang dibuat oleh David Teo dalam rancangan Melodi sebelum ini dikatakan telah menghina kawan baiknya, Allahyarham Husni Mohd Rawi atau lebih dikenali sebagai Bob Kuman.

(Statement David Teo dalam rancangan Melodi pada 22 April dua minggu sebelum Bob meninggal)
“… kita kesian dia laaa dari dahulu sebelum saya jumpa dia, dia sudah ada masalah kesihatan. Dia minta saya untuk bagi peluang bekerja. Saya kata, kamukan ada masalah kesihatan. Boleh ke kamu kerja? Dia kata boleh. Sebelum dia pergi saya punya lokasi, so hospital Tawakal saya bersama dia punya kru hantar sumbangan untuk tolong dia melunaskan baki daripada Tawakal, RM5, 000. Tak payah pinjam, saya bayar kamu sumbangan. Apabila di dalam sedih, production manager bawa dia pergi, bukan seperti yang ditunjukkan pada gambar sebab dia lelah bukan dia jatuh. Saya terkilan sebab kata saya abaikan. Kalau dia hendak minta gaji, itu sedekah, dia boleh terus kepada saya. Tak perlu melalui publisiti seperti saya menganiayai dia. Tak adil bagi saya lah … Tuhan kata memaafkan orang, kita akan banyak rezeki. Saya sentiasa memaafkan banyak orang … Dia bagi tahu kita, biar saya hantar pegawai, saya pun sentiasa di luar negara. Tak ada masalah, dia orang sakit. Sekiranya dia mahu MINTA SEDEKAH, beri tahulah tetapi jangan menganiaya orang lah”

Selain daripada David Teo Saiful Apek juga tidak puas hati terhadap wartawan yang dianggapnya sebagai berat sebelah melalui akaun twitter miliknya.

Twitter Saiful Apek

"bile saya ditahan, smue reporter sibuk sgt nk sebarkan brite tu. tp bile David Teo kecam & hina arwah Bob Kuman, mane pergi smue reporter?!"

Melalui laman twitter tersebut juga Saiful Apek menunjukkan rasa kecewanya terhadap rakan-rakan artis yang tak datang menziarah arwah Bob Kuman antaranya adalah Along Raja Lawak.



sedih sgt ramai sahabat2 & rakan2 artis yg x dtg ziarah, x ucapkan ape2 lgsg & msh happy2 lg! xpe, 'masa' mereka blm smp. AL-FATIHAH..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More