Yuna Zarai
Artikel daripada wartawan Hiburan Yang tak puas hati dengan tindakan Yuna yang enggan memberikan komen mengenai kejadian kereta miliknya dipecah masuk dengan Tajuk Font Kemerahan Besar.. :P
"Apa masalah Yuna?"
BARU-BARU ini, kereta mahal Yuna dipecah masuk. Banyak juga khabarnya penyanyi Terukir Di Bintang kerugian. Ini termasuklah sistem radio kereta dan sebuah gitar, kerugian anggaran lebih kurang RM5,000 jika dihitung secara kasar.
Lalu menulislah Yuna dengan panjang lebar di laman sosial. Yuna anggap itu takdir dan dia reda.
Itu kata Yuna di laman sosial. Tapi bila ditanya wartawan mengenai insiden berkenaan, Yuna tak mahu berikan sebarang komen pula, sebaliknya hanya membiarkan pengurusnya membuat komen.
Hai, ini yang membuatkan kami di Hits menjadi sangat pelik. Kenapa macam itu pula Yuna? Takkanlah susah sangat hendak beri kerjasama. Memanglah hal pun tak adalah besar sangat, kerugian pun RM5,000 saja. Lainlah kalau RM100,000 ke, sejuta ke, bukan?
Bagaimanapun sebab kami ni orang media, bila artis nak beranak pun kena buat-buat peduli juga, termasuklah dalam soal isu macam ini.
Sikap Yuna ini membuatkan ada beberapa wartawan senior berkata, lepas ni Yuna buat sajalah promosi di laman sosial bila ada album baru yang mahu dipromosikan. Tak perlu panggil akhbar, majalah atau stesen televisyen untuk membuat liputan, promosi saja di laman sosial sebab Yuna pun memang sudah banyak peminat. Boleh begitu Yuna?
Link Artikel: Apa Masalah Yuna?
Hari ini pula, Yuna bagi jawapan mengapa beliau tak nak jawab mengenai kejadia keretanya dipecah masuk.
"Saya Tweet Untuk Ingatkan Peminat"
“Sebenarnya saya bukan mengelakkan diri daripada wartawan. Tetapi kebetulan pada hari kejadian, saya sibuk dengan sebuah penggambaran. Setelah kereta saya kena pecah, saya sibuk pula uruskan laporan polis dan beberapa perkara lain. Jadi, apabila wartawan hubungi saya, saya tidak sempat untuk komen lanjut. Sebab itu Wawa yang komen bagi pihak saya. Saya harap pihak media tidak salah faham.
Tentang dakwaan yang mengatakan saya tidak suka dengan laporan itu, ia memang benar. Saya terkilan kerana dalam laporan itu turut menulis jenis kereta yang saya pandu. Malah, turut memaklumkan lokasi kejadian iaitu di rumah Paán (pemain gitar kumpulan muziknya). Apabila saya tahu tentang laporan itu, saya rasa agak sedih kerana kalau boleh saya tidak mahu kejadian itu dihebahkan. Ia berkaitan dengan keselamatan. Bimbang nanti mengundang bahaya kepada diri saya atau sesiapa sahaja yang memandu kereta itu pada masa hadapan,” ulas Yuna berterus-terang.
Bagaimanapun, penjelasan Yuna itu tidak seiring dengan tindakannya menghebahkan kejadian itu di laman Twitter miliknya.
“Memang saya tweet tentang kejadian itu, tapi niat saya hanya mahu ingatkan peminat yang ikut Twitter saya supaya lebih berhati-hati. Perkara sebegitu boleh belaku kepada sesiapa sahaja. Saya rasa sedih kerana mereka beritahu jenis kereta dan lokasi tempat kejadian. Itu sahaja,” ulas Yuna lagi.
Dalam masa yang sama, penyanyi ini meluahkan rasa syukur kerana pihak yang tidak bertanggungjawab itu tidak melarikan keretanya sekali. Namun, dalam masa yang sama dia turut berasa bersalah dengan kehilangan gitar milik penyanyi naungan syarikatnya, Diandra. Selain gitar, stereo keretanya turut dilarikan.
Sumber: Gua
0 comments:
Post a Comment