Friday, June 8, 2012

Gambar Perkahwinan Nurul Wahab dan Eric Daniel Depp











Team Redphotography bergambar bersama pasangan pengantin

Nurul Wahab kini sah bergelar isteri Eric Daniel Depp.

Dengan sekali lafaz, penyanyi yang popular dengan lagu 'Kerana Terluka, Nurul Wahab telah pun selamat menjadi isteri kepada Eric Daniel Depp tepat jam 12.20 tengah hari Rabu 6 Jun 2012.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh Ustaz Azizan Othman dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan mas kahwin sebanyak RM80 dan hantaran RM20,000.

Nurul begitu anggun dalam busana hasil rekaan Rizman Ruzaini dengan wajahnya dirias jurumekap terkenal, Deq Sha.

Majlis pernikahan serba sederhana tetapi meriah itu telah diadakan di Duchess Place, Jalan Ampang dengan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dari kedua-dua pihak.

Antara rakan artis yang memeriahkan majlis ini adalah Ning Baizura, Zahida Rafik serta Ieda Moin dan Syah Syamsiri yang bertindak sebagai pengacara majlis.

Gambar: Redphotoggraphy


Tahniah Nurul Wahab dan Eric Daniel Depp, semoga berkekalan dan bahagia sehingga akhir hayat.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More