Friday, June 8, 2012

Ezad Lazim Telah Bertunang Dengan Asliza Abdullah


Ezad Lazim dan tunang Asliza Abdullah

Penyanyi Ezad Lazim telah mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihan hati yang juga merupakan pengurusnya sendiri, Asliza Abdullah.

Pasangan ini bertunang pada 1 Jun yang lalu dalam sebuah majlis ringkas bertempat di kediaman sebelah perempuan. Majlis tersebut hanya dihadiri saudara-mara terdekat dan kaum keluarga sahaja.


Ezad dan Asliza Abdullah

Ezad dan pasangannya akan dinikahkan pada bulan hadapan tetapi tarikhnya belum dapat dipastikan lagi.

"Kami buat majlis sederhana sahaja untuk membincangkan tarikh nikah dan InsyaAllah ia akan diadakan pada bulan hadapan. Tetapi, setakat ini kami mengambil keputusan untuk merahsiakan dulu tarikhnya," ujar Liza.

Sumber: Media Hiburan

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More