Friday, June 8, 2012

Ras Adiba Radzi Disaman RM3.2 juta


Ras Adiba Radzi

Bekas Personaliti TV3, Ras Adiba Mohd Radzi berdepan saman berjumlah RM3.2 juta oleh Pengarah Inki Plas Holding Sdn Bhd, Nik Fauzi Nik Hussein kerana didakwa telah melanggar perjanjian kontrak mengenai penjualan saham.

Menurut laporan daripada KL Pos, Nik Fauzi menfailkan saman tersebut pada 3 Mei lalu menerusi Tetuan KC Tang & Co di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.

Kes yang ditetapkan untuk pengurusan di hadapan Pendaftar Norhanum Hassan dengan dihadiri peguam Datuk Mohd haziq Pillay bagi pihak Ras Adiba dan Mohammad Shafie Afendi mewakili Nik Fauzi.

Haziq kemudiannya memberitahu bahawa Norhamun telah menetapkan 27 Jun ini untuk pengurusan kes.

Menerusi penyataan tuntutan, plantif mendakwa beliau mempunyai pegangan saham di dalam syarikat Inki Plas Holding Sdn Bhd sebanyak 65 peratus dan bersetuju menjual semua saham tersebut kepada bekas Penyampai Berita Edisi 7, NTV7.

Jelas Nik Fauzi, pada 24 Julai 2006, beliau dan Ras Adiba telah memeterai perjanjian penjualan saham dan ia disetemkan pada 2 Ogos 2006. Nik Fauzi turut mendakwa bahawa Ras Adiba mempunyai kuasa dan kawalan terhadap pengstrukturan syarikat dan ia menjadi tujuan Ras Adiba membeli saham tersebut.

Namun Ras Adiba dikatakan gagal dan telah menyebabkan syarikat berdepan dengan masalah kewangan.

Tambahnya, Ras Adiba sepatutnya membayar liabiliti syarikat berjumlah RM3.2 juta tetapi gagal berbuat demikian dan telah memungkiri perjanjian.

Sementara itu, selain menfailkan saman ganti rugi berjumlah RM3,288,172, Nik Fauzi turut menuntut deklarasi bahawa defenden memungkiri Perjanjian Penjualan Saham bertarikh 24 Julai 2006, faedah pada kadar empat peratus setahun, kos dan relif lain.

Ras Adiba Radzi mewakili negara membawa obor untuk Kejohanan Olimpik Remaja

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More