Ya.. khabar angin yang mengatakan Ana Raffali akan bernikah dengan PM adalah benar.. tetapi PM yang dimaksudkan bukanlah Prime Minister tetapi "Personal Manager" Anna Rafali yang bernama Naim :P mengenai tarikh pernikahan yang dikatakan akan diadakan pada 25.2.2012, Anna Rafali enggan mengesahkannya apabila ditanya oleh wartawan mStar Online.
Difahamkan, majlis akad nikah Ana atau nama sebenarnya Nur Hidayah Mohd Raffali, 27, dengan pemuda yang dikenali sebagai Naim itu akan berlangsung di Masjid Al Hidayah, Taman Melawati, dekat sini, kira-kira pukul 10 pagi.
Ana Raffali menyatakan dia akan mengadakan sidang media bagi mengumumkan perkara berkenaan selepas Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) yang akan berlangsung Ahad ini.
“Ada beberapa urusan berkaitan majlis ini yang belum diselesaikan. Sebab itu, saya tidak mahu menghebohkannya terlebih dahulu. Bagi saya, biarlah semuanya selesai, barulah saya akan umumkan kepada semua.
“Apa–apa pun, saya mohon semua pihak bersabar dan tidak tersalah anggap dengan keputusan saya ini. Tunggu sehingga saya adakan sidang media perkahwinan dalam masa terdekat ini,” katanya.
Ana Raffali, Suhaimi Mior Hassan dan Altimet akan membuat persembahan untuk lagu "Kalau Berpacaran" dalam Anugerah Juara Lagu ke 26 pada Ahad ini. Good luck :)
Friday, January 27, 2012
Ana Raffali dikatakan akan bernikah dengan PM pada 25.2.2012?
2:23 AM
Babyrina
No comments
Labels
Artis Malaysia
(436)
0 comments:
Post a Comment