Friday, January 27, 2012

Demi mengambil dadah Adderall sebelum diserang sawan


Demi Moore akan mendapatkan rawatan untuk anoreksia dan ketagihan ubat, Demi Moore dikatakan telah mengambil ubat preskripsi Adderall iaitu sejenis ubat amphetamine yang selalunya digunakan untuk mengurangkan berat badan sebelum dia rebah dan dikejarkan ke hospital selepas diserang sawan pada malam isnin lalu.

"Demi telah mengambil Adderall dan minum minuman tenaga (energy drink) dalam keadaan kelaparan adalah antara sebab-sebab utama yang membuatkan dia rebah pada malam Isnin lalu" kata sumber yang rapat dengan pelakon itu.

Masalah kurang makan dan penyalahgunaan ubat ini dipercayai terjadi selama setahun.

Demi dikatakan sentiasa meningkatkan pengambilan ubat Adderall dan digabungkan dengan tahap pemakanan yang boleh dikatakan "tak makan langsung" menyebabkan badannya menjadi terlampau kurus "anorexic body frame".

2010 adalah tahun yang sukar bagi Demi, dengan kecurangan suaminya Ashton Kutcher bersama seorang wanita separuh daripada umurnya.


Jurucakap pihak Demi menyatakan bahawa Demi sedang mendapatkan bantuan "untuk merawat keletihan dan meningkatkan tahap kesihatan keseluruhan beliau,"

"Dia tertekan sepanjang kerjayanya dan ditambah pula dengan tekanan dan kesedihan berpisah dengan Ashton Kutcher, semua kemelut dan emosi ini secara keseluruhannya telah menambah beban fizikal pada dirinya."

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More