Sunday, January 22, 2012

Bekas isteri Hattan Farah Asyikin Othman buat laporan Polis


Farah Asyikin Othman, bekas isteri Hattan telah membuat laporan polis atas sebab penganiayaan oleh penggodam cyber yang menggodam dan memasuki ruang e-mel Farah dan menambah kandungan dalam e-mel serta kemudian melayangkan kepada setiap data yang berada dalam e-mel tersebut, malah kandungan tambahan tersebut dimasukkan ke dalam blog milik Farah.
Farah Asyikin Othman membuat keputusan untuk membuat laporan polis apabila gambar dia berpelukan dengan lelaki lain telah tersebar luas di alam cyber, walaubagaimanpun Farah mengaku bahawa gambar dia berpelukan dengan lelaki lain itu adalah benar tetapi ianya berlaku 5 tahun dahulu dan menyatakan ianya bukanlah penyebab perceraian dia dan Hattan.

"Pertama sekali saya mahu membetulkan spekulasi yang menyatakan Hattan ceraikan saya kerana gambar saya yang disiarkan di Internet. Itu tidak ada kena mengena. Perpisahan ini lebih kepada tiada jodoh dan persefahaman," ujar pengarah urusan Into Equity ini dan menegaskan bahawa perkahwinannya dan Hattan mendapat restu keluarga.

"Saya rasa keadaan sekarang sangat tough. Saya perlu bersuara. Ya, saya akui gambar yang disebarkan adalah gambar saya. Salah tetap salah tetapi gambar itu adalah gambar lima tahun dahulu. Saya perlu bersuara sebab beberapa blog memainkan isu saya dan saya anggap tidak relevan," ujar Farah yang menganggap tidak adil gambarnya disebarkan sedangkan dia bukanlah seorang selebriti.


Pertama kali melakukan laporan polis pada 2010, laporan akhbar tentang penganiayaan tersebut yang turut muncul dalam akhbar Malay Mail pada September 2010.
Selepas mengahwini penyanyi Hattan, kejadian tersebut berulang malah bekas suaminya itu pernah menemaninya membuat laporan polis sekali lagi sebelum mereka berlepas ke London pada Disember lalu.
Melihat situasi ini sebagai satu cubaan menjatuhkan maruah dan reputasi dirinya sebagai usahanita, Farbah menjelaskan impak dan bisnes yang sedang dijalaninya.
Melalui syarikat Into Equity Sdn. Bhd., Farah menjalani bisnes dalam bidang hartanah dan pendidikan kanak-kanak yang beroperasi di London dan Hong Kong.
Bukan sahaja di luar negara, Farah merupakan pembekal barangan untuk hotel terkemuka di Kota Kinabalu dan membekalkan peralatan kesihatan kepada Kementerian Kesihatan.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More