Projek Pistol sebuah kumpulan Rock yang dianggotai Abdullah Umar (Boy), Edrie Hashim (Edrie), Mohamad Nasfa Mohamed Nasir (Pa'e) dan Kamarul Izham Ahmad Badri (Zham) kecewa apabila lagu hit mereka "Wanita Seluruh Dunia" telah digunakan oleh segelintir syarikat produksi filem dan drama untuk menjadi lagu tema penerbitan mereka tanpa kebenaran.
Edrie selaku ketua kumpulan ketika ditemui berkata, di sebalik kejayaan yang mereka kecapi sekarang, ternyata dia tidak dapat menyembunyikan rasa kekecewaannya tentang suatu permasalahan yang dilihat boleh merosakkan industri muzik tempatan.
Jelas Edrie, semuanya adalah berpunca daripada lagu Wanita Seluruh Dunia yang telah digunakan oleh segelintir syarikat produksi filem dan drama untuk menjadi lagu tema penerbitan mereka tanpa kebenaran.
"Saya merasakan tindakan tersebut langsung tidak menghormati hasil karya orang lain. Sebenarnya kami tidak kisah lagu itu digunakan, tetapi terlebih dahulu haruslah melalui perbincangan dan perlu adanya persetujuan kedua-dua belah pihak"
"Sudah tentu apa yang dilakukan oleh mereka ini adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab dan sangat mengecewakan kami. Ia tidak seharusnya berlaku dan kami tidak akan berlembut dengan pihak-pihak sebegini" luahan hati Edrie.
Tambahnya, setakat ini pihaknya sudah pun mengetahui bahawa ada sebuah syarikat produksi drama dan filem yang telah menggunakan lagu berkenaan tanpa kebenaran tanpa mahu mendedahkannya.
Ditanya sama ada Projek Pistol akan mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat produksi berkenaan, Edrie memberitahu ia akan dilakukan dalam tempoh terdekat memandangkan ia adalah satu perkara yang cukup serius.
Vokalis kumpulan Projek Pistol Abdullah Omar (Boy) adalah komposer yang menghasilkan lagu "Wanita Seluruh Dunia" dan dikatakan hanya mengambil masa sehari saja untuk meciptakan lagu tersebut.
Sunday, January 22, 2012
Projek Pistol mahu saman Production Company
5:13 PM
Babyrina
No comments
Labels
Artis Malaysia
(436)
0 comments:
Post a Comment