Friday, January 27, 2012

Kamal Ashnawi trillionaire pertama dunia WOW!!!! WOW!!! WOW!!!


Siapa sangka bahawa 'trillionaire' yang pertama di dunia berasal dari Malaysia. Nama Kamal Ashnawi telah menjadi topik perbualan ramai sejak dia membuat press conference pada minggu lalu menyatakan dia mempunyai 5 trillion euros (RM20 trillion)
Tetapi persoalannya siapakah Kamal Ashnawi? bagaimana dia mendapat wang yang begitu banyak?

Philip Golingai wartawan untuk "Asian News Network" telah dijemput untuk menemubual trillionaire pertama dunia ini, dan daripada temubual tersebut Kamal Ashnawi telah menceritakan latar belakang dirinya.
Menurut Kamal Ashnawi, beliau adalah seorang warganegara Belanda yang dilahirkan di Tanjung Malim, Perak, pada 1 Jan, 1964.

"Saya adalah keturunan Maharaja China dan, keluarga saya melarikan diri dari China ke Kedah. Saya menjejak keturunan saya adalah daripada keluarga diraja China, India, Jawa dan Siam," kata Kamal Ashnawi yang juga digelar dengan nama Raden Mas Prabhu TIKI Agung Ki Asmoro Wijoyo.



"Saya membesar di Tanjung Malim dan kehidupan keluarga saya di sini biasa saja. Tiada siapapun dalam keluarga saya bercerita mengenai kekayaan dan keturunan diraja kami. Tetapi nenek saya pernah memberitahu saya. "Anda seorang yang istimewa dan apabila tiba masanya, anda akan tahu . "


Kamal Ashnawi menyatakan bahawa dia hanya mengetahui siapa dirinya sebenar semasa di Belanda pada tahun 1980-an bahawa dia adalah adalah dari keluarga Diraja Indonesia yang telah diusir keluar negara oleh Presiden Sukarno.

Kemudian di London pada awal tahun 1990-an, seorang peguam telah memberitahu Kamal akan kekayaan keturunan keluarga dirajanya yang sungguh banyak sekali. Tidak percaya dengan kata-kata peguam itu dia meminta peguam itu untuk membuktikannya.

Dia dan peguam itu terbang dari London ke Hong Kong untuk bertemu denga "Penjaga khazanah Diraja". Dari situ, Kamal dan penjaga mengembara ke Kunming di China.

Mereka mendaki gunung selama empat jam dan sampai ke gua yang dijaga oleh sepasang warga tua yang, kata Kamal warga tua ini "hidup abadi" (Immortals).

"Jika anda cuba lalu ke gua tersebut tanpa restu mereka, anda akan batuk darah dan mati," katanya.

Di dalam gua berketinggian tiga meter itu, Kamal melihat jongkong emas yang disusun seperti pagoda, jed bernilai US$15 juta dan berlian yang bernilai US$10 juta dan gumpalan wang dolar Amerika.

Kemudian Kamal menyatakan di ketawa apabila menonton Filem Nicholas Cage "National Treasure" tiga tahun lalu kononnya harta yang ditunjukkan dalam filem itu ciput saja berbanding dengan harta yang dilihatnya di gua itu.

Seterusnya, Kamal memberitahu mengenai pertemuannya dua tahun lalu di Kuala Lumpur dengan Dr Wong Eng Po, seorang doktor diraja dari China.

Dr Wong telah meletakkan tangannya di atas kepala botak Kamal, kemudian dengan serta-merta tunduk di hadapan Kamal dan mengarahkan lima orang pengikutnya untuk melakukan perkara yang sama.

"Beliau berkata saya adalah penjelmaan semula Maharaja Nurhaci (1661-1626) China. Dia dapat merasai satu tenaga di atas kepala saya yang berkuasa luarbiasa kerana seperti maharaja, bukan seperti manusia biasa, yang perlu berfikir lebih.
"Saya adalah penjelmaan semula dua maharaja China," kata Kamal lagi.

Kamal kemudian menyatakan bahawa beberapa tahun yang lalu, keluarga diraja telah membuat keputusan dia akan menjadi pentadbir tunggal kekayaan diraja yang disimpan di dalam akaun rahsia dalam kira-kira 1,000 bank-bank di seluruh dunia.

"Ini bermakna bahawa 86,7% daripada wang dunia kepunyaan saya," katanya.

Kamal kemudian menunjukkan beberapa dokumen kepada wartawan Philip Golingai
menunjukkan gambar-gambar harta khazanah, gambar pasangan warga tua yang "hidup abadi" dan beberapa surat yang nampak seperti "surat rasmi" kononya dari HSBC, yang mengesahkan dia mempunyai akaun simpanan 5 trillion euros ((RM20 trilion).

selepas menunjukkan akaun simpanan RM20 trillion kepada wartawan tadi, Akmal pula menyatakan bahawa wang tersebut "sikit saja" dia masih ada lagi duit di institusi-institusi dan bank-bank yang lain.

Kamal belum mengeluarkan wang daripada akaun tersebut kerana "ia bukanlah wang yang yang boleh dikeluarkan sesuka hati". katanya

"Wang tersebut adalah di bawah kawalan Indonesia, Jerman, Britain, Amerika Syarikat dan Bank Pusat Euro" katanya lagi.

"Saya tidak boleh menggunakan wang itu secara langsung tetapi saya akan melabur dalam projek-projek tertentu, seperti 3 trillion euros untuk menghijaukan padang pasir di China."

Wartawan tersebut pula menanya Kamal, Apa kahperbezaan antara billionaire dan trillionaire?.

Jawapan Kamal: "Billionaire perlu menunjukkan mereka mempunyai wang, tetapi bagi saya, saya tidak perlu menunjukkan bahawa saya mempunyai wang, saya boleh melakukan perjalanan menggunakan bas, saya boleh memakai selipar...."

Sumber: Philip Golingai Asia News Network


Kesimpulannya cerita yang boleh dikatakan agak...err................K
-sepasang warga tua "hidup abadi" (Immortals) a
-penjelmaan semula dua maharaja China r
-keturunan diraja daripada dua maharaja china kemudian india, jawa, siam u
-*pening kepala* t

4 comments:

trizillionaire said...

Kamal Ashnawi ni macam tak betul ja Emperor Kamal!!! hahha

KAMAL ASHNAWI said...

Saudara / Saudari bolehlah baca mengenai saya dan dokumen bank berkaitan di : http://lordkamalashnawi.blogspot.com/

Unknown said...

Banyak beno duit mike ni..

Unknown said...

Alhamdulillah sekurang kurangnya ada umat islam yg kaya melangkawi bangsa lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More