Friday, January 20, 2012

Megaupload ditutup!


Pada hari Khamis (19 Januari), kerajaan persekutuan USA mengambil tindakan terhadap Megaupload.com, beberapa orang ahli yang bertanggungjawab menguruskan Megaupload telah ditahan, atas dakwaan "racketeering and copyright infringement" (jenayah dan pelbagai pelanggaran hak cipta).

Dakwaan yang dilakukan oleh Jabatan Keadilan U.S mengatakan bahawa laman web Megaupload iaitu laman web yang membolehkan pengguna memindahkan fail pada jumlah yang besar, telah menjana keuntungan lebih daripada US175 juta dollar secara haram dan menyebabkan kerugian kepada pemilik hak cipta sebanyak US500 juta dollar kerana filem cetak rompak, album dan bahan-bahan lain yang dikongsi melalui Megaupload.

Swizz Beatz Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Megaupload, tidak dikenakan dakwaan kerana penglibatan Swizz Beatz dengan Megaupload masih tidak jelas, bagaimanapun The Associated Press melaporkan bahawa pengasas Megaupload Kim Dotcom yang juga dikenali sebagai Kim Schmitz ditahan pada hari Khamis di New Zealand bersama-sama dengan tiga yang lain.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More