Friday, January 20, 2012

Swizz Beatz Megaupload promo video


Swizz Beatz atau nama sebnarnya Kasseem Dean 33 seorang penerbit lagu, rapper, pereka kasut dan pelukis, rupa-rupanya dia juga adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) laman file-sharing Megaupload.

Dalam usaha untuk mempromosi dan mningkatkan profile Megapupload, Megaupload telah membuat video tema/video promo Megaupload dengan penampilan daripada artis seperti Kanye West, Diddy, will.i.am, Kim Kardashian dan isteri Swizz sendiri iaitu Alicia Keys. Dalam video promosi, bintang-bintang tersebut menyatakan sokongan mereka terhadap laman web Megaupload, laman yang membolehkan pengguna untuk menghantar media dan fail yang besar termasuklah bahan-bahan cetak rompak seperti filem dan album penuh.



Menurut New York Post, Universal Music Group iaitu syarikat rakaman di mana Swizz Beatz juga pernah menjadi artis rakamannya, mengeluarkan notis supaya video tersebut tidak disiarkan dan didelete di YouTube kerana Youtube adalah salah satu laman web di mana video promosi tersebut dipaparkan. Universal Music Group (UMG) menyatakan bahawa artis-artis mereka iaitu Kanye West, Diddy dan will.i.am tidak dibenarkan untuk muncul dalam klip video tersebut kerana tidak mendapat kebenaran daripada UMG.

Walaupun tidak ramai yang tahu bahawa Swizz Beatz adalah Ketua Pegawai Eksekutif CEO Megaupload, tetapi nama Swizz Beatz dan peranannya sebagai CEO disenaraikan di halaman "About Us" laman web Megaupload.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More