Wednesday, February 29, 2012

Lydiawati Diperdaya Promoter Singapura

Lydiawati.

Pelakon Lydiawati telah diperdaya seorang individu yang menyamar sebagai promoter dengan menawarkannya untuk menjadi pengacara di sebuah majlis Singapura.

Lydiawati atau nama sebenarnya Salina Saimon mendakwa, individu yang dikenali sebagai Abdul Malek Ramli itu telah menawarkannya sebanyak RM6,000 untuk tugasan itu pada Jumaat lalu dengan syarat perlu membayar dahulu “cukai pertukaran mata wang asing” sebanyak RM1,400.

"Pada awalnya, saya menerima tawaran tersebut dan apabila diminta untuk membayar cukai seperti yang diperkatakan sebanyak RM700, saya masukkan ke akaun bank miliknya. Saya membayar tanpa banyak soal atas dasar kepercayaan terhadap lelaki tersebut.

"Kemudian, tidak lama kemudian dia meminta saya lagi wang cukai berkenaan. Dan saya mula persoalkan, kenapa saya pula yang perlu membayar wang tersebut sedangkan saya dijemput untuk mengendalikan majlis?

"Bagaimanapun, saya terus terpedaya dan membayar RM700 seperti yang diminta. Apa yang membuatkan saya lebih musykil, dia kata dirinya tidak akan berada pada hari majlis tersebut berlangsung," katanya.

Tambah Lydiawati, apabila berasa seperti diperdayakan oleh lelaki tersebut, dia terpanggil untuk memeriksa sendiri lokasi tempat majlis itu dan ternyata tiada aktiviti seperti yang diperkatakan.

Justeru, pelakon tersebut nekad membatalkan tawaran berkenaan kerana bimbang dia akan diperdaya lagi ketika berada di Singapura nanti.

"Ternyata lelaki itu sangat mencurigakan kerana dia mendakwa dirinya berada di Batam, Indonesia tetapi nombor telefon bimbit yang digunakan adalah nombor di Malaysia.

"Lantas saya membuat keputusan untuk membatalkan tawaran tersebut kerana risau akan ditipu lagi ketika berada di sana. Bagaimanapun, sehingga kini wang saya belum dikembalikan," tuturnya.

Beritahu ibu tunggal kepada dua orang anak ini lagi, dia tidak menyangka lelaki tersebut boleh menipu dirinya yang merupakan seorang anak yatim piatu dan berharap perkara seperti itu tidak akan berlaku kepada artis-artis lain.

"Kalau terdesak mahukan duit sekalipun, janganlah menipu anak yatim piatu seperti saya. Apa-apa pun, saya percaya ada hikmah di sebaliknya kerana apa yang dapat saya lihat, tawaran kerja semakin banyak selepas kejadian itu," tuturnya.

Bagaimanapun, pelakon ini belum terfikir untuk mengambil sebarang tindakan terhadap lelaki tersebut.

Artis Malaysia bantah Pembatalan Konsert Erykah Badu



Adibah Noor????!!!!!!!!


Artis/selebriti Malaysia seperti Dira Abu Zahar, Baki Zainal, Sarimah Ibrahim, Daphne iking dan Adibah Noor menunjukkan rasa tidak puas hati/membantah terhadap pembatalan konsert Erykah Badu dengan menggunakan laman sosial twitter.
Yang membuatkan baby *GelengGeleng... Kepala*
Adibah Noor: “Adakah anda mudah tertipu? Kerosakan iman dan aqidah hanya kerana tatu semata-mata atau filem-filem barat patut dipersalahkan?”


Tattoo Erykah Badu

Konsert Erykah Badu, yang dijadual berlangsung di ibu negara malam ini dibatalkan kerana melanggar garis panduan Agensi Pusat Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menerusi kenyataan yang disiarkan dalam laman Tumblr, berkata, konsert artis itu dibatalkan selepas didapati melanggar garis panduan Puspal dan syarat kelulusan iaitu menyentuh sensitiviti agama, bangsa serta nilai budaya masyarakat Malaysia. Beliau berkata, perbuatan artis itu meletakkan tulisan kalimah Allah di badan tanpa baju satu penghinaan kepada Islam dan menjadi kesalahan serius.

“Perlanggaran syarat ini menimbulkan bantahan masyarakat yang boleh menjejaskan keselamatan negara dan memberi impak negatif kepada imej kerajaan,” katanya. - Bernama.

Perbezaan Dulu dan Sekarang






Perbezaan dulu dan sekarang.

Gambar bogel Kirana Larasati?

Kirana Larasati.

Gambar bogel yang telah tersebar luas di laman-laman web ini dikatakan milik Kirana Larasati walaubagaimanapun, Pengurus Kirana, Yopie, menafikan bahawa gambar tersebut adalah Kirana kerana tahu Kirana tidak suka bergambar sebegitu. Jelas Yopie lagi Kirana kini sibuk dengan nyanyian.



Kirana Larasati

Kirana Larasati dilahirkan di Jakarta, 29 Ogos 1987, adalah pelakon Indonesia. Kirana Larasati mula popular setelah membintangi sinetron Azizah yang ditayangkan SCTV pada tahun 2007. Selain Sinetron Kirana juga membintangi filem seperti D'Girlz Begins, Gotcha, Perempuan Punya Cerita, Claudia/Jasmine dan Purple Love. mengenai perhubungan cinta pula, Kirana kini menjalin hubungan dengan pelakon sinetron Ditmar Hadi setelah putus dengan Awi Suryadi seorang sutradara yang berusia 10 tahun lebih tua. :)

Tuesday, February 28, 2012

Catriona Ross sedang mengandung anak kedua

Catriona Ross semakin cantik bertudung.


Catriona Ross mengaku mengandung anak kedua melalui Facebook.

Pelakon dan penulis skrip drama tv Catriona Ross atau nama penuhnya Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross nampak lebih cantik dan berseri selepas bertudung dan berita yang lebih menggembirakan apabila mengetahui Catriona Ross kini sedang mengandung anak yang kedua kini berusia 4 bulan setengah. Tahniah :)

Penjelasan Wardina yang menganggap dirinya lebih cantik daripada J-Lo

Wardina Safiyyah.

Saya merasakan wartawan ZAMZUKHAIRI NOORDIN menganalisa kenyataan saya dengan pandangan matanya dan saya merasakan ianya kurang tepat dari apa yang sebenarnya ingin saya sampaikan. Namun jika itulah interpretasinya, saya menerima dan menghormatinynya. Mari saya jelaskan dari mulut saya sendiri apa yang saya maksudkan. Kerana menjatuhkan orang lain atau mengatakan saya LEBIH CANTK BUKANLAH MATLAMAT ATAU AGENDA SAYA. Saya tidak perlu kelihatan cantik di mata anda, kamu, saya atau dia. Cukuplah saya cantik dimata Allah dan Allah tidak menilai saya dengan rupa, fizikal atau harta namun TAQWA. Saya tidak suka dilabel merendahkan orang lain, atau menghina, atau membangga diri kerana saya sedang menjaga hati saya. Dan ianya bukanlah mudah. Saya pasti anda mempunyai perasaan serupa, kerana akhirnya kita semua sama sahaja.

1. Saya TIDAK kata "saya RASA saya lebih cantik dari J.LO kerana SAYA wanita Islam" honestly i dont remember saying that at all. The students there will be my witness. Correct me if im wrong. And all this fuss takes the REAL MESSAGE away from what I'm trying to say and get at . That is really disappointing to me.

Allah sah, sahlah J.Lo sangat cantik :) Jelita dan menawan dari standard Barat dan Hollywood. Tidak dinafikan, sejuta kali cantik lagi dari saya. I know.....I know.... But i dont mind you see. Malah kita semua kini menilai CANTIK dari paksi yang serupa - paksi kita di barat dan Hollywood, dari majalah Vogue atau Cosmoplitan. Yang tak dapat jadi cover maka TAK CANTIK lah. Let me tell you something, Muslim women, who think they are beautiful enough INSIDE..and really want the beauty of Iman in ther hearts, with the niqab and hijab. Dont really care.

2. Bila saya kata, "SAYA".....cuba fahamkan .....Bila saya kata...."SAYA" ..... saya sebenarnya menyuruh adik adik berkata pada diri ... Macam ni "Sepatutnya kita ada keyakinan untuk berkata "Saya lebih cantik dari J.Lo, sebab saya cantik di sisi Allah dengan menutup aurat" Maknanya SAYA tu bukan SAYA Wardina tapi adik-adik sebut pada diri - SELF TALK . Get it?

Disalah ertikan, all the time, is quite frustrating you know. You try, if it happens to you, and see if you like it. But never mind, I will always spend time to iron out any misunderstandings. I understand we all have different way of thinking and seeing things. Sometimes I think its just that people LIKE to provoke me for some reason, please remember, i will NOT let it happen InsyaAllah. Because I will protect my dignity and pride, we ALL should do that and live with Allah's name Al-Aziz!

Maaf lah banyak-banyak kalau masih tidak faham. Dan buat Wartawan tersebut, tulisan anda cukup cantik, tapi saya benar-benar tidak perlukan headline sebegitu. Jagalah maruah saya sebagai seorang Muslimah yg sedang bertungkus lumus menyebarkan kebaikan, mengajak adik-adik yang tersasar supaya kembali pada Islam tanpa glamour, wang, nama dan habuan dunia. At least respect that. TQ.



(Artikel yang menyalah tafsir pandangan Wardina.)

Syukur Saya Lebih Cantik Dari J-LO – Wardina

ALOR GAJAH – Selebriti tanahair terkenal, Wardina Safiyyah yang kini menceburkan diri di dalam bidang motivasi minda mendakwa bahawa beliau lebih cantik dari penyanyi, pelakon dan model antarabangsa terkenal, Jenniffer Lopez.

Beliau berpendapat demikian kerana mendakwa dirinya dan seluruh muslimah di dalam dunia lebih cantik memandangkan mereka ditakdirkan Allah untuk beragama Islam dan itu sudah cukup cantik ‘di dalam’nya.

“Saya merasakan bahawa saya lebih cantik dari J-Lo. Kita semua dilahirkan sebagai wanita Islam dan itu sudah cukup cantik.

“Lebih cantik lagi kita tak payah nak pamerkan kecantikan kita kepada khalayak umum. Kecantikan kita terhad hanya untuk diri kita sendiri,” katanya pada program Pameran Komunikasi Islam 2012 (ICE 2012) di sini hari ini.

Selain itu, beliau turut menyarankan kepada para muslimah khususnya golongan remaja agar memelihara kecantikan yang dikurniakan Allah kepada mereka dengan menutup aurat sebagaimana yang ditetapkan oleh hukum syarak.

Wardina turut menasihati para pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang hadir di situ agar bijak berfikir dan beridea kritis untuk membina kehidupan yang lebih bermakna.

“Di dalam Al-Quran, kita diminta oleh Allah supaya banyak berfikir dan kita perlu punya pemikiran kritis untuk menjadikan hidup kita lebih menarik dan bermakna,” katanya lagi.

Wardina dijemput penganjur ICE 2012, pelajar-pelajar semester akhir Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Melaka untuk mengisi slot program berkenaan dan berinteraksi bersama para hadirin yang memenuhi ruang Kompleks Dataran Pahlawan tersebut.

Meskipun diberikan masa yang singkat, Wardina jelas hebat dengan berada di kelasnya yang tersendiri apabila menggamatkan majlis dengan telatahnya yang mencuit ramai peminat untuk mengerumuni beliau dan mendengar celotehnya.

Mawi & Ekin Dapat Anak Perempuan

Mawi dan Ekin dapat anak perempuan.

Penyanyi Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, kini sudah bergelar ayah selepas isterinya, Ekin, selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada pukul 4 pagi Selasa.
Bayi sulung seberat 2.8 kilogram (kg) itu dilahirkan secara normal di Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bangi dekat sini dan belum diberikan nama.
Ekin telah dimasukkan ke hospital pada pukul 7.30 malam Isnin lalu, Ekin atau nama sebenarnya Nora’Asikin Rahmat, diberikan suntikan ubat pelali kerana keadaan Ekin yang masih lagi belum boleh bersalin mengikut masa yang ditetapkan.
Ekin pernah keguguran sebanyak dua kali pada tiga tahun yang lalu, Alhamdulillah anak perempuan Mawi dan Ekin kali ini selamat dilahrirkan. Tahniah *I love baby*

Penerbit Filem dibelasah di kelab malam sebab Rokok


Hazil Izham Ismail dibelasah teruk.

Penerbit filem, Hazil Izham Ismail, 38, patah tulang pipi kanan dan terseliuh bahu kiri akibat dipukul sekumpulan 20 lelaki tidak dikenali yang bersenjatakan botol kaca dan kayu dalam kejadian di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, di sini, awal pagi kelmarin.

Hazil yang juga suami kepada pelakon Nadia Mustafar, diserang kumpulan yang dipercayai petugas keselamatan premis berkenaan kerana mereka dikatakan berselisih faham mengenai zon larangan merokok.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, Hazil mendakwa baru tiba di premis berkenaan untuk menemui empat kru penerbitannya bagi membincangkan urusan penggambaran.

Menurutnya, mereka kemudian didatangi kumpulan terbabit yang tidak puas hati apabila seorang daripada kru penerbitannya merokok di kawasan larangan sebelum berlaku pertengkaran.

Saya pada mulanya cuba meleraikan mereka dan mengajak mereka berbincang. Namun, seorang daripada lelaki itu memukul belakang saya menggunakan botol manakala rakan-rakannya pula memukul kru saya yang lain.

Nadia Mustafar membetulkan rambut Hazil.

Lelaki itu sekali lagi menghentak kepala saya menggunakan botol biarpun saya cuba menenangkannya,?katanya yang kini dirawat di sebuah hospital pakar di Bangsar. Hazil berkata, dia hanya mampu menutup muka dan kepala menggunakan tangan sehinggalah dibawa pulang ke rumah oleh kru penerbitannya sebelum isteri membawa ke hospital.

Menurutnya, dia tidak mengetahui motif sebenar kejadian berkenaan sebaliknya menyerahkan kepada pihak berkuasa bagi melakukan siasatan selepas membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi di sini.

Hazil berkata, dia mengalami patah tulang pipi kanan dan terseliuh di bahu kiri selain perlu melakukan pemeriksaan lanjut di kepalanya.

Kaki Kanan Angelina Jolie di Oscars 2012 LOL




Angelina Jolie at The Oscars 2012.

Gara-gara pelakon terkenal Hollywood Angelina Jolie yang sering sahaja membuat pose yang menunjukkan kaki kanannya di Anugerah Oscars 2012 baru-baru ini, ianya kini menjadi satu sensasi di twitter dan tumblr apabila kaki kanan Angelina Jolie di Anugerah Oscar 2012 menjadi bahan persenda diletakkan pada apa sahaja gambar yang dapat digunakan untuk menjadi bahan mempersendakan aksi Angelina Jolie semasa menghadiri Angureah tersebut. :)

Kaki Angelina Jolie Napoleon.

Kaki Angelina Jolie pada Pemain NBA.


Kaki Angelina Jolie pada Statue Of Liberty. LoL!

Kaki Angelina Jolie di Bulan (So LOL!)

hehe

Luke, I amYour...Father...Um MOTHER...ERM..

Bruce pun ado! ihikss..

dua sekaligus ahakss..

Betty White seksi :)

Jeremy Lin :)

Gambar Panas Rashid Salleh dan Sofea Shariffah Louisse





Rashid Salleh dan Sofea Shariffah Louisse. panazzz ke?..


Rashid Salleh berasal daripada kuching Sarawak adalah seorang pelakon drama, teater dan Filem, pernah menjadi pengacara sukan untuk ESPN, astro awani dan rancangan talk show di tv swasta. Rashid Salleh seorang yang aktif dalam bidang sukan, pada usia remaja beliau adalah rakyat Malaysia kedua selepas abangnya menyertai Pasukan Rugby Oxfordshire bawah 19 tahun.
Sofea Shariffah Louisse pula adalah seorang model tempatan, agak popular kot dikalangan photographer professional? umur, asal..etc tak tahu :) tak jumpa info yang sewaktu dengannya.. tapi muka dia memang seiras dengan bekas pengacara Wanita Hari Ini iaitu Nadia Shahrul Anuar, pelanduk dua serupa? kembar? ataupun Sofea Shariffah Louisse adalah nama yang diguna oleh Nadia untuk bidang modelling?...entahlah :)

Nadia Shahrul Anuar bekas pengacara WHI

Monday, February 27, 2012

Gambar Perkahwinan Rina Salleh (Juara Gadis Melayu musim ke 3)





Gambar Rina Salleh semasa Majlis Akad Nikah pada 24 Februari.





Majlis Perkahwinan berkonsep Garden Wedding.



Juara Gadis Melayu musim ke-3 (tv9), Rina Salleh telah mendirikan rumahtangga pada pada 24 febuari 2012. Majlis perskahwinang pada 25 febuari lalu di Botani Shah Alam berkonsepkan Garden Wedding. Tahniah Rina, semoga bahagia bersama suami tersayang sehingga akhir hayat.


Rina Salleh Juara Gadis Melayu Musim ke 3.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More