Tuesday, February 7, 2012

Adira Mohon Maaf selepas tersebar gambar peluk Anjing

Adira mengakui kesilapannya kerana memeluk seekor anjing selepas tersebarnya gambar beliau memeluk dengan cerianya seekor anjing.
Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 22, berkata anjing yang dipeluk itu bukan miliknya tetapi kepunyaan ibu mertua kepada kakaknya yang berbangsa Cina di Sabah.

“Saya tidak nafikan itu gambar saya. Memang saya memeluk anjing itu tetapi ia bukan milik saya.

“Sebenarnya ia adalah gambar lama yang diambil pada tahun lalu ketika saya sekeluarga berkunjung ke rumah ibu mertua kakak yang bukan beragama Islam.

“Ia adalah gambar yang saya jadikan gambar profil di dalam telefon bimbit dan tidak tahu bagaimana ia boleh tersebar,”

Ketika ditanya tidakkah dia peka dan sensitif bahawa tindakan dangkal itu boleh mengundang persepsi negatif di kalangan masyarakat, Adira berkata sebagai selebriti beragama Islam yang mengetahui soal hukum-hakam, dia mengakui kesilapan tersebut.

“Saya sedar tindakan bergambar dengan anjing itu salah dan boleh mengundang fitnah. Tapi saya peluk anjing itu ketika ia dalam keadaan kering dan sudah pun menyamak selepas itu.

“Saya memeluknya kerana terlalu geram melihat kecomelan binatang itu. Memang ia haram di sisi Islam tapi anjing juga makhluk Tuhan,” katanya.

“Ini bukan kali pertama saya diasak kontroversi dan saya perlu ambil kisah atas setiap perkara yang boleh memburukkan nama saya dan keluarga. Saya mohon maaf atas kesilapan itu.

“Saya berharap peminat tidak mudah menjatuhkan hukum atau menghentam golongan artis dengan kata-kata yang kesat dan keterlaluan.

“Saya akui perkara ini berlaku disebabkan kecuaian dan sikap kurang peka. Sebagai manusia saya tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan,” katanya dalam nada kesal.




Biodata Profil Adira AF8

Nama Penuh : Siti Adira Bt. Suhaimi

Tarikh Lahir: 19 September 1991

Tempat Lahir: Hospital Ranau, Sabah

Umur : 19 tahun

Jantina: Perempuan

Bangsa : Kadazan / Dusun

Agama: Islam

Tinggi : 152cm Berat : 48kg

Status Perkahwinan: Bujang

Pekerjaan: Menganggur

Pendidikan Tertinggi: SPM

Adik Beradik: 8 orang (bongsu)

Adira mendapat tempat kedua di Akademi Fantasia musim ke 8

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More