Ani Mayuni atau nama sebenarnya Aishah An Nur Osman 33, nampaknya telah dibelasah teruk akibat dipukul suami telah membuat imbasan di sebuah hospital pada hari jumaat kerana bimbang jika terdapat keretakan pada tulang wajahnya.
Menurut Ani menerusi laman Facebook miliknya, imbasan buat kali kedua itu dilakukan selepas melihat wajahnya yang semakin membengkak akibat kejadian dibelasah itu.
"Hari ini, saya kena buat imbasan untuk kali kedua, takut ada keretakan. Muka mula membengkak," ujarnya.
Walaupun berhadapan dengan tekanan akibat masalah itu, Ani sempat menulis dalam entrinya yang dia tetap gembira kerana dapat berada di samping anak-anak, kakak dan abangnya.
Sebuah akhbar harian tabloid pada Jumaat melaporkan Ani telah ditendang dan dipukul oleh suaminya, Zairi Azmi atau Ayie,37, bekas anggota kumpulan muzik Arrow dalam kejadian di rumah mereka di Desa Rejang, Kuala Lumpur pada Khamis.
Penyanyi dangdut itu mendakwa kepalanya turut dihentak ke dinding hanya kerana selepas dia meminta suaminya itu membeli sarapan pagi.
Sementara itu, pada Khamis lalu, Ani ada memasukkan dua lagi entri yang menggambarkan keadaan rumah tangganya berada dalam keadaan rapuh ...
Segala pengorbanan tiada penghargaan..' dan 'Diri ini tidak pernah meminta minta... cuma inginkan sedikit ruang... kalau itu pun adalah satu beban... terima kasih ku ucapkan....
Walaupun teruk dipukul, Ani masih lagi mahu menyelamatkan rumah tangganya demi anak-anak.
Ani dan Ayie telah mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2004. Kedua-dua mereka pernah menyertai program Sehati Berdansa musim kedua terbitan Astro pada tahun 2008.
P.s Zairi ko tak malu ke?
Ani Mayuni dibelasah kerana minta beli sarapan
1 comments:
suami tak berperikemanusiaan! jantan tak guna setakat tolong beli makana pun nak belasah perempuan.. Ptuuii!!
Post a Comment