Friday, February 3, 2012

Hanya kerana disuruh membeli sarapan Ani Mayuni dibelasah

Ani Mayuni dibelasah hanya keran minta beli sarapan

Penyanyi dangdut dan pelakon, Ani Mayuni membuat laporan polis mendakwa dipukul dan ditendang suaminya selain kepalanya turut dihentak ke dinding bilik di rumah mereka di Desa Rejang, di sini, semalam.
Dalam laporannya, Ani atau nama sebenarnya Aishah An Nur Osman, 33, berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 pagi itu menyebabkan dia mengalami kecederaan di kepala, tangan, dada dan leher.

Sebelum kejadian itu, Ani dikatakan menghubungi suaminya yang berada di luar rumah dan memintanya membeli sarapan.
Gambar suami Ani Myuni

Bagaimanapun, sebaik pulang ke rumah kira-kira 30 minit kemudian, suaminya terus meluru masuk ke dalam bilik dan mengasarinya.
Bagaimanapun, Ani Mayuni bernasib baik apabila abang kandungnya yang kebetulan datang ke rumah menyelamatkan dia daripada terus dipukul.

Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Terang Bulan’ ini menjelaskan dia terpaksa membuat laporan polis terhadap suaminya itu kerana ingin melindungi diri dan mengelak kejadian sama berulang lagi. Dalam masa yang sama, Ani juga mengakui dia sebenarnya sudah tidak tahan dengan dengan sikap suaminya itu. Namun, masih mahu menyelamatkan perkahwinan mereka kerana sudah mempunyai tiga orang anak. Ani telah mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2004.


P.S Memang suami yang Zalim memukul wanita yang lemah.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More