Sunday, February 12, 2012

Dato Malek Noor bernikah pada bulan March ini

Pada 30 Mac 2010 Dato Malek Noor dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang.

Berita menggembirakan apabila Dato Malek Noor telah membuat pengakuan di dalam rancangan Nona bahawa beliau telah bertemu jodoh dengan seorang wanita dan menyatakan beliau akan berkahwin pada bulan march ini, Bakal isteri Dato Malek Noor bernama Wan Asmah binti Wan Ismail adalah seorang doktor pakar di KPJ Kota Bahru,
Dato Malek Noor mendapati dia dan bakal isterinya mempunyai keserasian selepas berkenalan pada awalnya melalui perbualan telefon dan jika tiada aral melintang Dato Malek Noor dan doktor Wan Asmah binti Wan Ismail akan berkawin dan bersanding di Kota Bahru pada March bulan depan. Tahniah dan semoga Dato sekeluarga berbahagia selalu.



Bagi pengetahuan generasi baru sekarang (like myself), Dato Malek Noor atau nama sebenarnya Abdul Malek Mohamed Noor merupakan jaguh bina badan Asia peringkat heavyweight sebanyak 6 kali.

Antara pingat yang diraih oleh Malek Noor ialah :

Mr. Universe Heavyweight Finalist (2 kali)
Mr Asia Heavyweight (6 kali)
Mr. ASEAN Heavyweight (4 kali)
Mr. Malaysia Heavyweight (6 kali)
Olahragawan Negara Malaysia 1986 dan 1990
Pingat emas Personaliti sukan Benson and Hedges 1985
Ahli Mangku Negara (AMN) 1986
Sultan Ibrahim (PIS) 1986
Legendary Sportsman of Malaysia
Coca-Cola Olympian tahun 2007

Mr. Asia pada tahun 1988


Antara pertandingan yang disertainya ialah :

1985 : Asian Amateur Championships - IFBB, HeavyWeight, 1st
1986 : Asian Amateur Championships - IFBB, HeavyWeight, 1st
1987 : Asian Amateur Championships - IFBB, HeavyWeight, 1st
1988 : Asian Amateur Championships - IFBB, HeavyWeight, 1st
1989 : South East Asian Games - IFBB, HeavyWeight, 2nd
1990 : Asian Amateur Championships - IFBB, HeavyWeight, 1st
1991 : Asian Amateur Championships - IFBB, HeavyWeight, 1st

Dato Malek Noor di zaman remaja memulakan kerjaya sebagai anggota PDRM.


Dato Malek Noor bersama professornya semasa melanjutkan pelajaran di US.


Dato Malek Noor bersama keluarga angkat di luar negara.



P/s. Semakin minat Neelofa, sebab sebagai artis yang cantik dan semakin meningkat naik dia masih tak lupa untuk buat amal, harap-harap tak ada kontroversi yang tak enak didengar melibatkan Neelofa.

2 comments:

Annur said...

Tahniah Dato Malek Noor Selamat pengantin baru

bobmalii said...

tahniah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More