Majlis Resepsi Perkahwinan Yusry dan Lisa Surihani pada 26 Februari 2012.
Yusri Abdul Halim dan Lisa Surihani mengadakan Majlis resepsi perkahwinan mereka di dalam suasana yang cukup meriah di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) malam tadi.
Dengan tema French vintage, Majlis tersebut dihadiri kira-kira 2000 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara kedua-dua belah pihak, kenalan artis dan rakan media.
Lisa Surihani kelihatan anggun dengan busana putih rekaan Putra Aziz dari butik Cosry manakala Yusry pula segak dengan baju Melayu warna sedondon oleh pereka yang sama.
Acara bermula pada pukul 9 malam dengan ketibaan pengantin perempuan, diiringi pula dengan pengantin lelaki.
Gambar photographer professional akan dipostkan nanti :) i'm off to bed now .
0 comments:
Post a Comment