Monday, February 20, 2012

Latiff Ibrahim meninggal dunia

Allahyarham Latiff Ibrahim.

Penyanyi dan pelakon Latiff Ibrahim telah meninggal dunia pada jam 6 petang tadi & jenazah akan dibawa ke AU3 Keramat jam 8 malam ini dari Institut Jantung Negara (IJN).
Pada 18 Disember 2011 yang lalu, Latiff Ibrahim telah dikejarkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN) akibat serangan sakit jantung. Allahyarham sudah lama mengidap penyakit jantung dan pernah menjalankan pembedahan 12 tahun lalu akibat serangan jantung.
Allahyarham berusia 62 tahun ketika menghembuskan nafas terakhir dan kali terakhir muncul dalam filem 4 Madu di sekitar tahun 2010. Takziah.


Hapuslah Airmatamu (1976)



Filem Lakonan Allahyarham Latiff Ibrahim dan Datuk Sharifah Aini.

Filem lakonan Allahyarham Latiff Ibrahim yang penuh dengan unsur pengajaran, kisah orang lupa diri. Kisah seorang perempuan kampung yang bernama Ani (Sharifah Aini) yang lupa daratan bila dah jadi penyanyi terkenal. Bila dia terkenal dia lupakan kekasihnya Adi (Allahyarham Latif Ibrahim) pemuda kampung yang sedang belajar di universiti yang hanya ada motosikal dan berkaki seluar besar.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More