Monday, February 20, 2012

Pelancong Arab menyerang dua wanita

Pak Arab menyerang dua wanita di backpackers lodge Kota Kinabalu.

Seorang lelaki Arab telah menyerang dua orang wanita di Kota Kinabalu pada 9 Februari lalu. Kemarahan lelaki Arab ini dikatakan berpunca daripada perbuatan seorang pelancong Kanada Daniel Gunn, 30 mencium teman wanitanya seorang gadis tempatan, insiden tersebut telah dirakamkan oleh pelancong daripada Kanada ini dan diuploadkan di YouTube sebaik selepas kejadian 6:30 petang pada 9 Feb.

Pelancong Daniel Gunn, 30, berkata beliau telah mencium teman wanitanya di pipi di kawasan dewan "backpackers lodge" dan ini menimbulkan kemarahan lelaki Arab tersebut.

"Saya cuba untuk menenangkan dia tetapi dia semakin marah," kata pelancong Kanada itu.

Daniel Gunn berkata bahawa pada waktu itu penyambut tetamu Dewina Jolilin, 22 berhadapan dengan lelaki Arab tersebut, yang hanya membuatkann dia lebih marah kerana baginya penyambut tetamu tersebut yang juga beragama Islam, sepatutnya marah juga dengan perbuatan pasangan tersebut.

Lelaki Arab tersebut dikatakan memukul Dewina dengan beg plastik menyebabkan Daniel Gunn dan teman wanitanya tampil untuk membantu receptionist tersebut.

Teman wanita Daniel Gunn menyatakan kepada lelaki tersebut supaya tidak memukul perempuan, dan ini menyebabkan dia juga telah dipukul.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More