Saturday, March 31, 2012

Cat Farish Bekerja Sendiri Sejak 8 Tahun Lalu Selepas 'Ditikam Belakang'

Cat Farish

Pelakon dan penyanyi Cat Farish membuat pengakuan tidak pernah mempercayai orang di sekelilingnya dan mengambil jalan selamat dengan melakukan semua kerja-kerja seni sendirian sejak lapan tahun lalu.

Hal tersebut membuatkan Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli mengalami hipertensi sehingga menyebabkan dia terlantar di wad selama seminggu di Tawakal pada Februari lalu.

Cat Farish semasa di Wad Hospital Tawakal Februari lalu

"Benar, dahulu ketika zaman bersama-sama dengan kumpulan Ruffedge lagi saya memberi kepercayaan sepenuhnya kepada orang lain untuk buat kerja dan kemudian, saya pula yang ditikam belakang.

"Sejak kejadian itu, saya mula bekerja sendiri tanpa meminta bantuan orang lain. Semua kerja saya nak buat sendiri. Sehingga pada satu tahap, saya mendapat tekanan darah tinggi yang agak teruk," katanya.

Dalam pada itu, ahli kumpulan The Fabulous Cats ini juga ingin berterima kasih kepada Badan Pelindung Hakcipta Muzik Malaysia (MACP) yang membantunya membiayai separuh daripada kos rawatan perubatannya.

Bagaimanapun Cat berkata, selepas mendapat nasihat doktor, dia yang baru sahaja menubuhkan syarikat produksi Fantasy Films kini mula meringankan bebannya dengan mengambil pekerja untuk menaikkan nama Fantasy Films.

"Selepas lapan tahun bertungkus lumus dah tiba masanya untuk saya memimpin pula pekerja-pekerja saya.

"Alhamdulillah, apabila memberi kepercayaan kepada orang dalam menjalankan tugas yang diberi, sedikit sebanyak bebanan yang ditanggung kurang dan kesihatan saya pula semakin pulih," ujarnya.

Sumber: mStar

1 comments:

KISAH SUKSES IBU HERAWATI said...

ASS ALAIKUM WR WB, KAMI SEKELUAR TAK LUPA UCAP PUJI SUKUR KEPADA ALLAH S,W,T DAN TERIMA KASIH BANYAK KEPADA AKI,ZYHE MAULANA KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 270 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA BALIK INDONESIA DAN MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA TKI YANG BEKERJA DI KILANG SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYAH, JADI TEMAN2 YANG DALAM KESUSAHAN JANGAN PERNAH PUTUS ASAH, KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN’ JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAH ANDA TELEPON LANGSUNG AKI ZYHE MAULANA DI NOMOR (0852-9827-5599) DILUAR INDON (+62852-9827-5599) KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE ~KLIK DISINI~ WASSALAM


JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT TELEPON AKI ZYHE MAULANA NMR (0852-9827-5599) ATAU KUNJUNGI WEPSITE ~KLIK DISINI PAKAR MUSTIKA~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More