Wednesday, March 28, 2012

MasterChef Selebriti Malaysia: Memasak Sambil Beramal

Dato Fazley Yaacob

Program realiti masakan terbaru Astro "MasterChef Selebriti Malaysia" bakal ke udara pada setiap hari Sabtu hingga Selasa pada jam 9.00malam bermula 26 Mei 2012 di Saluran 104. Program spinoff daripada Masterchef Malaysia ini akan melibatkan seramai 16 orang selebriti tanah air antaranya Dato Fazley Yaacob, Tomok, Siti Sarah Raisuddin, Juliza Adlizan, Serina Redzuan, Louisa Chong, Raja Azmi, Azwan Ali, Jehan Miskin, Mejar Dr. Faiz, dan ramai lagi.

Raja Azmi

Chef Azwan Ali :P

Wang kemenangan yang diperolehi selebriti tanah air dalam Masterchef Selebriti akan disalurkan kepada badan-badan kebajikan yang mereka wakili. MasterChef Selebriti Malaysia akan diadili oleh tiga juri iaitu Chef Papa Joe, Chef Zubir dan Chef Adu Amran. Juri tetap Masterchef Malaysia iaitu Chef Ridz tidak akan mengadili Masterchef Selebriti untuk mengelakkan ketidakadilan kerana kakanya Serina Redzuan adalah salah seorang selebriti yang mengambil bahagian.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More