Tuesday, March 27, 2012

Melia Aimiellia Dah Berdamai Dan Memaafkan Blog Hiburan Rotikaya.com

Melia Aimiellia Di Sidang Media "Permohonan Maaf Terbuka" Rotikaya.com


Video temubual Melia Aimiellia Secara Langsung di Galaksi

Pelakon "Karipap-karipap Cinta" Melia Aimiellia telah berdamai dengan pemilik blog Rotikaya.com, apabila, dalam satu sidang media yang dianjurkan oleh Persatuan Seniman Malaysia melalui Timbalan Presiden Seniman Malaysia, Zed Zaidi jumaat lalu, pemilik blog hiburan Rotikaya.com telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Melia kerana blog hiburan tersebut telah membuat artikel yang dikatakan telah mengaitkan Melia Aimellia sebagai wanita di dalam sebuah video lucah yang diterima mereka daripada seorang pelakon.
Melia Aimiellia yang berasa lega apabila isu video lucah yang dikaitkan dengannya sudah selesai menerima permohonan maaf tersebut dan telah menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap blog Rotikaya.com.

Sehari sebelum sidang media tersebut, blog Rotikaya.com juga telah membuat permohonan maaf secara terbuka melalui blog mereka.

"Kami warga kerja dan pegurusan Rotikaya Entertainment dengan ini memohon maaf kepada empunya diri, Melia Aimiellia, ibu bapa dan adik beradik beliau juga saudara mara yang terpalit kesan negatif perbuatan kami menulis satu artikel berbunyi Gambar: Melia Aimelia Pelakon Video Lucah Ini Atau Pelanduk Dua Serupa?

Kami berbesar hati dan berharap pihak Melia Aimiellia akan memaafkan diatas apa yang terjadi, semoga kita boleh bekerjasama di masa hadapan untuk memeriahkan dan meningkatkan industri hiburan Malaysia, Terima kasih."

P.s baguslah kalau semuanya dah okay sebab rotikaya memang blog kegemaran rina :)
 kenapa rotikaya blog kegemaran rina?
1: content memang menarik dan tersendiri
2: pendedahan ekslusif daripada mereka sendiri
3: ada kakitangan sendiri yang turun padang menemubual artis
4: tak tiru content blog lain tanpa memberi sumber asal
5: log santai/ easy going :)


Rotikaya.com we love you

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More