Saturday, March 17, 2012

Tahniah Kumpulan Shiro Juara Raja Lawak 6

Shiro, Cuit, Zero dan 2Yol

Gelanggang Raja Lawak Musim Keenam telah berakhir malam tadi dengan menyaksikan Kumpulan Duo iaitu Shiro telah dinobatkan sebagai Juara Raja Lawak 6 (I like Shiro) :)


SHIRO Juara Raja Lawak 6 ( YB!!!)

Tahniah buat kumpulan SHIRO setelah dinobatkan sebagai Juara Raja Lawak 6 dan telah menerima hadiah berupa Wang tunai RM100,000, Barangan elektrik sumbangan Astro dan juga sebuah Trofi. Shiro dianggotai oleh Shahrol Azizie Azmi dan Mohamad Hanaffi Razak adalah peserta yang berasal dari Kluang, Johor meraih undian peminat sebanyak 38 peratus.

ZERO

Tahniah juga untuk kumpulan trio adik-beradik iaitu ZERO yang mendapat tempat kedua Raja Lawak 6 dengan membawa pulang hadiah berupa Wang tunai RM50,000, Barangan elektrik sumbangan Astro dan juga sebuah Trofi. Zero yang dianggotai oleh Sharif Kadil Doli Sharif, Mohammad Syaiful Doli Sharif dan Sharif Kunal Doli Sharif menerima undian sebanyak 34.19 peratus.

CUIT

Tempat ketiga pula jatuh kepada kumpulan Trio daripad Pulau Pinang iaitu CUIT, menerima hadiah wang tunai RM30,000, Barangan elektrik sumbangan Astro dan juga sebuah Trofi dengan undian sebanyak 16.35 peratus.

2YOL

Tempat keempat pula jatuh kepada Kumpulan 2YOL dengan undian sebanyak 10.74 peratus dan membawa pulang wang tunai RM10,000, Barangan elektrik sumbangan Astro dan juga sebuah Trofi.

Rina yakin SHIRO akan berkekalan di dalam industri hiburan tanahair (watak YB Lucu!!)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More