Saturday, March 17, 2012

Bapa Dirang Tidak Terlibat Kes Pembunuhan Dirang Dibebaskan Daripada Tahanan Polis

Bapa Dirang Telah Dibebaskan Daripada Tahanan Polis

Bapa kandung Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang yang dibunuh sebelum dibakar, dibebaskan daripada tahanan polis, namun akan dihantar ke negara asalnya Filipina kerana dia tiada dokumen sah yang membolehkannya tinggal di negara ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff (gambar) berkata, lelaki berusia 30-an itu dibebaskan selepas polis tiada bukti kukuh yang boleh mengaitkannya dalam kes pembunuhan kejam itu.

“Kami tahan dia (bapa kandung Dirang) hanya untuk membantu siasatan dan kini saya sahkan dia tiada kaitan dengan pembunuhan Dirang. Bagaimanapun, kami tetap akan menghantarnya pulang ke negara asalnya atas faktor tidak mempunyai dokumen sah.

Nurul Nadirah Abdullah - Dirang

“Kini sudah jelas, perbuatan kejam yang dilakukan ke atas Dirang tidak dilakukan bapa kandungnya sendiri dan orang awam diharap tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara terbabit,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, semalam.

Menurutnya, sehingga kini, tarikh tepat ayah kandung Dirang dihantar ke negara asalnya masih belum diketahui dan akan ditetapkan selepas proses perbincangan dan siasatan Jabatan Imigresen Johor.

Sementara itu, ibu Dirang, Roselyn Alan, 25, berkata, nalurinya kuat mengatakan bekas suaminya itu tidak mempunyai kaitan dengan pembunuhan Dirang.


Tempat Dirang dibakar sehingga rentung

Nurul Nadhirah Abdullah atau dikenali sebagai Dirang yang baru berumur 5 tahun dilaporkan hilang pada 1 Mac 2012, telah ditemui mati dibakar sehingga rentung. Mayat Anak kecil yang tak berdosa ini telah dijumpai di sebuah flat terbengkalai di Nusai Damai, Masai, Johor. Semoga Pembunuh yang kejam ini segera diberkas dan diberikan hukuman yang Paling MAKSIMA!. Takziah buat keluarga mangsa.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More