Monday, April 16, 2012

Gambar Pernikahan Natasha Hudson Dan Carleed Khaza







Natasha hudson Kini Sah Bergelar Isteri Carleed Khaza

Setelah lebih dua tahun menyulam cinta, Carleed Khaza, 33, dan Natasha Hudson, 30, selamat diijabkabulkan pada majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, kira kira jam 12 tengah hari kelmarin (15 April 2012)

Hanya dengan sekali lafaz, pasangan yang pernah berduet dalam lagu Jika Ku Boleh Ubah Dunia dan Destiny Bersiri ini, sah bergelar pasangan suami isteri.

Dalam majlis yang ringkas itu, Natasha Hudson yang mengenakan busana rona krim rekaan Shahidah Shariff telah menerima sebentuk cincin berlian yang disarungkan oleh suaminya Carleed Khaza untuk sesi pembatalan air sembahyang.

“Walaupun masih terkejut, tetapi saya amat gembira kerana semuanya berjalan dengan lancar seperti yang kami berdua rancangkan sebelum ini. Saya bersyukur semuanya telah dipermudahkan.

“Selepas ini tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu akan menjadi keutamaan buat saya,” kata Natasha tersenyum manis.

Pada majlis itu, pihak lelaki telah menyediakan mas kahwin RM80 dan lima dulang hantaran kepada pihak perempuan dan tujuh dulang hantaran disediakan oleh pihak Natasha sebagai balasan.

Majlis nikah tersebut turut disaksikan oleh ibu Natasha iaitu Ratna Hussin dan juga kedua ibu bapa Carleed iaitu Mohd Kamal Albakri dan Aisha Abdul Manaf.

Dihadiri lebih kurang 700 orang tetamu, majlis turut dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan terdekat kedua-dua pihak dan rakan-rakan artis sepeti Mizz Nina, Noh Hujan, Anis Nabila dan beberapa artis lain.

Pernikahan kali ketiga Natasha ini hanya diraikan dalam majlis nikah pada hari ini sahaja.

Perkahwinan terdahulu Natasha telah dikurniakan seorang cahaya mata, Neesa Helena.

Semoga berkekalan dan bahagia sehingga akhir hayat

Gambar Hantaran Pernikahan Natasha dan Carleed Khaza

1 comments:

KISAH SUKSES IBU HERAWATI said...

KAMI SEKELUAR TAK LUPA UCAP PUJI SUKUR KEPADA ALLAH S,W,T DAN TERIMA KASIH BANYAK KEPADA AKI,ZYHE MAULANA KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA BALIK INDONESIA DAN MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA TKI YANG BEKERJA DI KILANG SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAH ANDA TELEPON LANGSUNG AKI ZYHE MAULANA DI NOMOR (0852-9827-5599) KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE ~KLIK DISINI~
JADI TEMAN YANG DALAM KESUSAHAN JANGAN PERNAH PUTUS ASAH, KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN’TERIMAH KASIH..


JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT TELEPON AKI ZYHE MAULANA NMR (0852-9827-5599) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI PAKAR MUSTIKA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More