Sunday, April 15, 2012

Penjelasan: Zed Zaidi Yang Tidak Puas Hati Dengan Kemenangan Aaron Aziz

Zed Zaidi dan Aaron Aziz

Mungkin ramai yang telah tahu akan pendirian Zed Zaidi yang tidak menyokong akan kemenangan Aaron Aziz sebagai Bintang Paling Popular di ABPBH 2011 ahad lalu, apabila melalui twitter miliknya beliau mengemaskini twitternya dengan menulis "Aku lebih bangga kalau rakyat Malaysia yang menang!!! Terima kasih rakyat Malaysia kerana menggalakan artis luar merosakan industri seni".
Zed Zaidi selaku Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) berkata kemenangan (Aaron Aziz) seolah-olah telah menafikan hak artis tempatan.

Melalui sumber daripada sinar harian Zed Zaidi memberi penjelasan mengenai pendiriannya itu.

Mengapa anda melenting dengan kemenangan Aaron?

ZED: Saya sedikit pun tidak mempertikaikan kemenangan Aaron pada malam itu. Siapa yang menang, itu adalah pemenangnya kerana ia telah dipilih oleh peminat. Saya cuma menyuarakan pendapat saya kerana saya sedih dengan keadaan industri yang semakin tenat kini. Saya juga hanya mahu mengikut saranan kerajaan yang mahu mengurangkan pekerja asing.

Saya tidak sedikit pun menyebut nama Aaron Aziz ataupun nama majlis anugerah mana-mana. Jadi kenapa orang cepat sangat melatah?

Sejak akhir-akhir ini, anda begitu berani bersuara dengan menggunakan nama persatuan. Apakah isu ini juga melibatkan persatuan atau sekadar kepentingan sendiri?

ZED: Perkara ini juga bukan pertama kali saya luahkan kepada umum. Jika ada peminat yang selalu membaca laman blog saya : http://zedzaidi.blogspot.com/, sejak dulu lagi saya sudah menyuarakan mengenai kebanjiran artis luar di industri hiburan Malaysia.

Cuma bila saya bersuara menggunakan nama persatuan, ia jadi pertikaian besar. Secara tidak sengaja, Aaron pula jadi mangsa keadaan.

Saya tidak ada masalah sekiranya Aaron sudah mendapat status penduduk tetap (PR). Saya 100 peratus akan sokong dia.

Apakah sebenarnya yang bermain di minda anda?

Zed : Saya bagi perumpamaan mudah, untuk media: apakah perasaan anda sebagai seorang wartawan, apabila anugerah tertinggi yang mengiktiraf karya wartawan tempatan, dimenangi oleh wartawan luar. Saya pasti, anda juga akan berasa tidak senang dengan perkara ini.

Bila peminat, atau orang dalam industri tak ambil berat mengenai perkara ini, apakah nasib kami, artis-artis Malaysia lima ke 10 tahun akan datang?

Saya tidak akan mempertikaikan jika ada satu anugerah khas untuk mengiktiraf artis luar kerana jika kita lihat anugerah-anugerah berprestij anjuran industri hiburan seperti negara Indonesia, mereka tidak pernah mengiktiraf artis luar untuk anugerah tertinggi mereka.

Paling tidak pun, mereka akan buatkan satu kategori khas untuk mengiktiraf artis dari Malaysia.

Kadangkala saya rasa, Malaysia terlalu amalkan konsep 'langit terbuka'. Sesiapa sahaja boleh memasuki industri, tapi jika kita lihat negara luar, bukan mudah artis kita untuk bertapak di industri mereka.

Jika bukan sekarang saya bersuara, bila lagi. Bila keadaan sudah tidak terkawal, baru nak ambil tindakan?

Selain itu, penerbit atau orang industri juga tak bolehlah nak fikirkan tentang keuntungan sahaja. Mereka perlu fikir jauh ke depan.

Bagaimana jika ada yang merasakan anda sebenarnya cemburukan Aaron?

Zed: Saya tidak kisah apa orang nak kata. Itu terpulang pada pendapat masing-masing. Saya bercakap bukan semberono sahaja. Saya sudah fikir dan nilai kesannya sebelum saya bercakap.

Jika mereka tidak suka dengan apa yang saya luahkan menggunakan nama persatuan, selepas ini tidak perlu undi saya lagi. Tapi kini, sebagai Timbalan Presiden Seniman dan Ketua Biro Seniman Muda, saya rasa, saya patut bersuara untuk kebaikan artis-artis pada masa depan.

Bagaimanapun dengan reaksi Presiden Seniman, Harun Salim Bachik, yang meminta agar anda lebih 'slow down' dari menggunakan nama Seniman?

Zed: Jika Presiden tidak bersuara, tak kan saya hanya diamkan sahaja. Bukan semua perkara dapat diputuskan hanya melalui mesyuarat. Zaman kini makin canggih dan makin pantas.

Saya hanya buat perkara yang saya rasa betul. Bukan saya semberono untuk menggunakan nama persatuan. Lagi pula bukan saya menghentam personal sesiapa. Saya cuma menjalankan kerja.

Sejauh manakah dakwaan anda sebenarnya gila kuasa dan tidak sehaluan dengan Harun?

Zed: Pada saya itu pendapat masing-masing. Saya dengan Harun sebenarnya tidak ada masalah. Cuma kadangkala bila berkaitan dengan persatuan, saya tidak dapat sentiasa bertemu dia.

Saya pun faham dia sibuk, lepas satu program ke satu program terpaksa dia sertai. Jadi, adakala saya terpaksa buat keputusan sendiri.

Apa yang ingin saya tegaskan, saya buat, kerana saya percaya, berani kerana benar. Kalau saya salah, nak saman, samanlah. Saya tak takut.

Setelah apa yang berlaku, apakah harapan anda?

Zed: Jika benar mereka mahu mengiktiraf artis luar, saya tidak kisah. Tapi buatkan satu kategori khas dan bukannya mereka dipertandingkan dalam kategori utama.

Itu yang sepatutnya. Saya faham, mereka juga berkarya, tapi artis Malaysia patut didahulukan. Baru nasib artis kita terjamin.

Aaron Aziz bersama hadiah utama kereta Nissan Teana 2.5L Premium

1 comments:

KISAH SUKSES IBU HERAWATI said...

KAMI SEKELUAR TAK LUPA UCAP PUJI SUKUR KEPADA ALLAH S,W,T DAN TERIMA KASIH BANYAK KEPADA AKI,ZYHE MAULANA KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA BALIK INDONESIA DAN MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA TKI YANG BEKERJA DI KILANG SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAH ANDA TELEPON LANGSUNG AKI ZYHE MAULANA DI NOMOR (0852-9827-5599) KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE ~KLIK DISINI~
JADI TEMAN YANG DALAM KESUSAHAN JANGAN PERNAH PUTUS ASAH, KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN’TERIMAH KASIH..


JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT TELEPON AKI ZYHE MAULANA NMR (0852-9827-5599) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI PAKAR MUSTIKA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More