Thursday, April 12, 2012

Siti Saleha Bercinta Dengan Syed Adney Syed Hussein (Penjaga Gol Sabah)

Syed Adney Syed Hussein dan Siti Saleha.

Siti Saleha adik kepada vokalis kumpulan Bunkface, Sam, mengakui kini sedang bercinta dengan Syed Adney Syed Hussein, penjaga gol Sabah.

Hal itu disahkan sendiri oleh Saleha. Katanya dia kini sedang bercinta dengan Syed Adney yang juga merupakan adik kepada pelakon Sharifah Sofea. Ia juga bagi menjernihkan salah faham segelintir pihak yang mendakwa kekasihnya merupakan penjaga gol Kelantan.

Syed Adney dan Sharifah Sofea (kakak)

Menariknya hubungan mereka bukan pertama kali terjalin sebagai kekasih, tetapi ini adalah hubungan cinta kali kedua buat mereka berdua.

“Kami pernah bercinta dan hubungan itu putus, tetapi kini kami kembali menjalin hubungan kerana masih mempunyai perasaan sayang lagi di antara satu sama lain,” luah Saleha yang juga memberitahu hubungan dia dengan keluarga Adney juga rapat terutama hubungannya dengan ibu Adney.

Siti Saleha bersama keluarga Syed Adney.

Baru berusia 22 tahun, kata Saleha walaupun hubungan kali kedua ini lebih serius berbanding yang pertama dahulu, namun dia tidak terfikir ke arah perkahwinan. Apa yang menjadi fokus buat mereka adalah kerjaya yang semakin berkembang.

Siti Saleha

“Kami sama-sama sibuk dan tidak terfikir tentang itu lagi. Walaupun sibuk dan jarang berjumpa, kami selalu berhubung dengang menggunakan teknologi masa kini seperti Skype," katanya lagi.
Tambahnya lagi sikap Adney yang begitu terbuka dan memahami kerjayanya sebagai seorang artis membuatkan dia selesa bercinta dengan jejaka tersebut.

Ditanya mengapa dia begitu terbuka bercerita tentang hal cintanya, ujar Saleha tidak ada apa yang perlu disembunyikan, namun tegasnya dia tahu di mana batasan untuk dia berhenti bercerita tentang kisah peribadinya kepada umum.


Nama : Syed Adney Syed Hussein

Tarikh Lahir : 29 November 1986

Tempat Lahir : Liverpool, England

Tinggi : 189 m

Sukan : Bola Sepak

Posisi : Penjaga Gol

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More